KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu tindakan tegas diambil Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pelajar yang terbabit dengan ritual khas pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak, Sabtu lalu.
Presidennya, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mahu siasatan terperinci dilakukan semua pihak termasuk polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Katanya, tindakan mereka terbabit dalam kongsi gelap itu akan memburukkan institusi pendidikan.
“Diharap tidak ada ibu bapa yang akan membela anak mereka sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.