1.4 juta penjawat awam dapat kenaikan gaji awal – Kosmo


1.4 juta penjawat awam dapat kenaikan gaji awal

 

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan NOR SYARIZA MUHD. TAHIR
berita@kosmo.com.my

 

NAJIB memberi ucapan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di PICC, Putrajaya semalam.

 

PUTRAJAYA – Kira-kira 1.4 juta penjawat awam bakal menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai depan.

Selain itu, 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat nikmat tambahan apabila pangkat dan gaji mereka mereka akan disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan kenaikan gaji awal itu berkata, setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 bergantung kepada gred gaji mereka.

Beliau berkata, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

“Ini dilakukan bagi menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2NJXa4Sbi
Hakcipta terpelihara

Gaji penjawat awam naik hingga 5 peratus – Berita Harian


Gaji penjawat awam naik hingga 5 peratus

2013/01/23 – 05:23:38 AM Oleh Shaarani IsmailCetakEmel Kawan
Ali menyampaikan ucapan pada Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di PICC, Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli HamzahAli menyampaikan ucapan pada Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di PICC, Putrajaya, semalam. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan

Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan.

Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik…ini yang ingin saya ketengahkan,” Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Markah 80 dan ke atas

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.

“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan.
“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik…ini yang ingin saya ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.

Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.

1.4 juta penjawat awam naik gaji – Kosmo


1.4 juta penjawat awam naik gaji

 

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

 

NAJIB berucap di hadapan penjawat awam di PICC, Putrajaya semalam.

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

“Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Hadiah untuk penjawat awam – Utusan


Hadiah untuk penjawat awam

 

Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com.my

 

NAJIB Tun Razak disambut oleh para penjawat awam yang menghadiri Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (dua kiri). – UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

 

PUTRAJAYA 8 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Menurut Perdana Menteri, jadual baru struktur gaji SSM itu diubah suai daripada Jadual Gaji Matrik bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kakitangan awam.

‘‘Ia selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2012,’’ katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pengumuman YAB PM Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam


Pengumuman YAB PM Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam

 

08 MAC 2012

Pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri Pada 08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya

Muat Turun: Pengumuman YAB PM