PEMBERITAHUAN : SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH


PEMBERITAHUAN : SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

 

1. Dimaklumkan bahawa kemasukan markah bagi PPT 2013 telah ditutup

2. Dimaklumkan juga tarikh kemasukan markah bagi Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR dan SPM telah dibuka. Tarikh tutup pengisian bagi Peperiksaan Percubaan UPSR adalah pada 9 Ogos 2013

Harap Maklum

Maklumat lanjut: http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

“COUNTDOWN” PEPERIKSAAN AWAM MALAYSIA (UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM) 2013 SETAKAT HARI INI


“COUNTDOWN” PEPERIKSAAN AWAM MALAYSIA (UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM) 2013 SETAKAT HARI INI

Berikut adalah “countdown” peperiksaan awam yang utama. Semoga persiapan makin mantap buat semua murid dan pelajar.

UPSR:56 hari lagi

PMR:78 hari lagi

SPM:113 hari lagi

STAM:113 hari lagi

STPM (P3):113 hari lagi

Sumber : http://www.moe.gov.my/ setakat 16 Julai 2013

ANUGERAH ANAK CEMERLANG UPSR, PMR, SPM DAN STPM TAHUN 2012 PUSPANITA/MESCA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGAN SEGALA HORMATNYA DIMAKLUMKAN BAHAWA BIRO TABUNG LATIHAN PUSPANITA KPM


ANUGERAH ANAK CEMERLANG UPSR, PMR, SPM DAN STPM TAHUN 2012 PUSPANITA/MESCA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGAN SEGALA HORMATNYA DIMAKLUMKAN BAHAWA BIRO TABUNG LATIHAN PUSPANITA KPM

13 March 2013

Muat Turun
Borang Permohonan

GPMP dalam empat subjek menurun – Utusan


GPMP dalam empat subjek menurun

PUTRAJAYA 22 Dis. – Penguasaan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Bahasa Cina dan Bahasa Iban mengalami penurunan berbanding 13 mata pelajaran lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 1.3 peratus daripada 27.6 peratus pada tahun lepas kepada 26.3 peratus pada tahun ini.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat gred B, C dan D meningkat sebanyak 1.2 peratus daripada 66.5 peratus tahun lepas kepada 67.7 peratus tahun ini.

“GPMP Bahasa Melayu juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.02 mata,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, mata pelajaran Pendidikan Islam pula bagi gred A turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 peratus daripada 26.1 peratus pada tahun lepas berbanding 24.4 peratus pada tahun ini.

“GPMP Pendidikan Islam juga menunjukkan penurunan dengan pertambahan 0.09 mata,” katanya.

Sementara itu bagi pencapaian gred A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, beliau berkata, berlaku peningkatan prestasi sebanyak 0.8 peratus kepada 18.4 peratus pada tahun ini berbanding 17.6 peratus tahun lepas.

“Bagaimanapun, peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum masih tinggi iaitu 21.3 peratus pada tahun ini,” katanya.

Bagi mata pelajaran Matematik, beliau berkata, prestasi pencapaian gred A mata pelajaran itu mengalami peningkatan sebanyak 1.3 peratus daripada 28.9 peratus tahun lepas kepada 30.2 peratus pada tahun ini.

“Prestasi mata pelajaran Sains bagi gred A menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0 peratus daripada 21.7 peratus pada 2010 kepada 25.7 peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau menambah, biarpun GPMP Sejarah mengalami peningkatan dengan penurunan 0.05 mata pada tahun ini namun pencapaian bagi gred A menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus.

“Iaitu daripada 21.3 peratus pada 2010 kepada 20.4 peratus pada tahun ini,” katanya.

34,271 calon dapat semua A – Utusan


34,271 calon dapat semua A

 

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

 

Abdul Ghafar Mahmud memegang keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 di Putrajaya, semalam.

 

PUTRAJAYA 22 Dis. – Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.

Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.

“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.

“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.

“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.

“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.

“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.

“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MELALUI SMS


KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) MELALUI SMS

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Jadual Waktu Peperiksaan 2011 – UPSR, PMR, SPM dan STPM


 

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan PMR Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan PMR Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2011

Jadual Waktu Peperiksaan STPM Tahun 2011
Download Jadual Waktu Peperiksaan STPM Tahun 2011