Debaran tujuh jam – Metro


Debaran tujuh jam

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUJUK...Zahari mententeramkan anaknya selepas ditemui.
PUJUK…Zahari mententeramkan anaknya selepas ditemui.

CARI...anjing pengesan turut digunakan dalam gerakan mencari dan menyelamat.
CARI…anjing pengesan turut digunakan dalam gerakan mencari dan menyelamat.

ALOR GAJAH: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun selama hampir tujuh jam terjawab apabila dia ditemui di celah rimbunan pokok kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya di Jalan Sentosa, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, Fatin Aliya Zahari, disedari hilang oleh ibu tirinya, Hendon Abd Rahman, 40, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin sebelum ditemui sepasukan anggota penyelamat tujuh jam kemudian.

Gerakan mencari mangsa yang bersekolah di tahun tiga sebuah sekolah, di sini, dilancarkan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan dibantu penduduk kampung.

Menurut Hendon, anak tirinya itu dipercayai hilang selepas dimarahi kerana mengambil barang kemasnya tanpa pengetahuan menyebabkan dia menangis.

 

 

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24

Murid tahun 6 maut, motosikal ditunggang langgar pokok – Bernama


Murid tahun 6 maut, motosikal ditunggang langgar pokok

9 Julai 2012
KUANTAN – Seorang murid Tahun Enam yang menunggang motosikal maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit dalam kejadian di Felda Bukit Goh, di sini semalam.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, Muhammad Alif Idham Mohd Adahar, 12 dari Kampung Pak Ngah Aziz disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kejadian itu bagaimanapun hanya menyebabkan rakannya yang membonceng, Muhammad Shahfiq Tuhashim, 12, cedera ringan.

“Kejadian berlaku ketika dua rakan tersebut dalam perjalanan ke sebuah ladang. Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal ketika keluar dari simpang empat di jalan berkenaan, menyebabkannya terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama