Polis tahan tiga remaja – Harian Metro


Polis tahan tiga remaja

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tiga remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terbabit dalam insiden meletupkan sebuah sekolah di ibu kota pada 7 Mac lalu berjaya ditahan pihak berkuasa secara berasingan di rumah masing-masing, kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga remaja terbabit adalah bekas pelajar sekolah itu dan tindakan mereka mengebom bangunan sekolah menggunakan kombinasi mercun bola dan lingkaran nyamuk adalah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa guru.
Hasil maklumat risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Setapak mengenal pasti ketiga-tiga remaja terbabit sebelum menahan mereka antara jam 4 hingga 5 petang, kelmarin.

 

Menurut sumber, dua daripada remaja terbabit ditahan di rumah masing-masing sekitar Taman Melati manakala seorang lagi ditahan di Bukit Antarabangsa, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga remaja terbabit.