Lelaki ‘serang’ sekolah ditahan – Metro


Lelaki ‘serang’ sekolah ditahan

 0  0 Google +0  0  0

Sungai Buloh: Seorang lelaki yang dipercayai ‘menyerang’ sekolah dan mengugut bunuh guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh, ditahan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, lelaki berusia 32 tahun terbabit ditahan berhampiran perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada jam 10.15 pagi.
“Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah selepas guru besar sekolah berkenaan membuat laporan polis, 25 Julai lalu.

 

“Lelaki berkenaan ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis hingga 6 September ini selepas kawad cam dilakukan dua guru sekolah itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/27

Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart – Kosmo


Kepala pelajar cedera ditusuk besi dart

 

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

 

MOHAMAD NURFARID yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dirawat di Hospital Miri semalam.

 

LIMBANG – Seorang pelajar tingkatan tiga ditusuk dengan besi dart di kepalanya oleh tiga rakannya dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.25 pagi itu, mangsa, Mohamad Nurfarid Jillah, 15, mengalami pendarahan teruk apabila batang besi dart tersebut tertanam sedalam beberapa sentimeter di tengah kepalanya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, sebelum kejadian itu, salah seorang pelajar terbabit terlanggar bahu mangsa ketika mereka bertembung di kawasan asrama sekolah.

Ujarnya, mangsa yang berang kemudian menolak pelajar yang sebayanya itu menyebabkan berlaku pergelutan di belakang blok asrama sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa dibelasah oleh tiga rakannya itu dan ditikam bertubi-tubi dengan sebatang besi dart sepanjang 10 sentimeter sehingga menyebabkan alat logam itu tertusuk di kepalanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2RTb1jjnS
Hakcipta terpelihara

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK


KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK

14 March 2013

 

 

Polis, guru bersama-sama buru pelajar ponteng sekolah – Bernama


Polis, guru bersama-sama buru pelajar ponteng sekolah

ABDUL RAHIM Hanafi (tengah) beramah mesra dengan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan George Town selepas beliau menyampaikan watikah perlatikan pengawas sekolah kepada mereka di Air Itam, George Town, Pulau Pinang hari ini. – UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK

GEORGE TOWN 26 Feb. – Polis bersedia mengiringi guru yang ingin memantau pergerakan pelajar ponteng sekolah bagi memastikan keselamatan mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis hanya akan berbuat demikian jika pihak sekolah meminta bantuan kerana polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pelajar yang ponteng sekolah.

Beliau berkata, hanya pihak sekolah mempunyai kuasa penuh mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan termasuk melaksanakan garis panduan bagi membanteras gejala itu.

“Lebih penting, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama mendidik anak-anak mereka daripada terjebak dalam salah laku sosial, bukan melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown di Batu Lanchang hari ini.

Abdul Rahim berkata, polis juga menubuhkan pasukan pegawai perhubungan polis di seluruh sekolah negeri ini bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat dan bebas jenayah dalam kawasan sekolah.

“Pasukan itu melibatkan anggota polis berpangkat pegawai atau sarjan.

Setakat ini kita menerima kerjasama yang baik daripada Jabatan Pelajaran negeri termasuk guru-guru,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130226/dn_28/Polis-guru-bersama-sama-buru-pelajar-ponteng-sekolah#ixzz2LzcrJoHf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis, RELA perluas rondaan ke sekolah – Bernama


Polis, RELA perluas rondaan ke sekolah
2012/06/07

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan skop rondaan bersama di antara Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekolah termasuk sekolah antarabangsa di Lembah Klang.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata rondaan akan dijalankan pada waktu puncak persekolahan.
“Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, langkah itu juga sebagai meneruskan kejayaan inisiatif “omnipresence” di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). – BERNAMA

Polis, mertua maut nahas ngeri – Utusan


Polis, mertua maut nahas ngeri

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KERETA Proton Wira Aeroback dinaiki Baharin Puteh dan menantunya, Mohd. Riduan Ab. Razak remuk teruk selepas merempuh belakang bas di bawah jejambat Lebuh Raya Guthrie, Kundang, semalam.

SUNGAI BULOH 27 Mei – Seorang guru seni tidak menyangka percutian sempena cuti persekolahan di rumah anak sulungnya berakhir dengan tragedi apabila suaminya maut bersama menantu dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 28.8, Jalan Kundang-Tasik Biru berdekatan Kundang di sini hari ini.

Zuraidah Mahmud, 58, dan suami, Baharin Puteh, 59, difahamkan baru sampai di rumah anak sulungnya, Nuraqila, 26, di Apartmen Laguna Biru, Kundang dari Kuala Terengganu, pagi semalam untuk bercuti selain menghadiri majlis perkahwinan saudara di Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka hanya seketika apabila Baharin maut bersama menantunya, Koperal Mohd. Riduan Ab. Razak, 32, setelah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dinaiki kedua-dua mereka hilang kawalan dan merempuh belakang bas rosak.

Keluarga Nayati ucap terima kasih kepada media, polis – Berita Harian


Keluarga Nayati ucap terima kasih kepada media, polis

2012/05/03

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dilarikan Isnin lalu mengucapkan ribuan terima kasih kepada media kerana membantu menghebahkan maklumat ke seluruh negara.

Wakil keluarga yang tidak mahu namanya disiarkan menyampaikan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan rakyat negara ini termasuk pihak media dan polis.

“Terima kasih kepada pihak media yang banyak membantu dan bekerjasama dalam membawa Nayati pulang ke pangkuan keluarga semula,” katanya di kediaman keluarga itu di Mont Kiara di sini, hari ini.

Kes remaja dakwa diculik dianggap selesai – Metro


Kes remaja dakwa diculik dianggap selesai

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Kes seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa bersama lima rakannya warga Myanmar diculik sebelum ditemui di Thailand baru-baru ini, dianggap selesai selepas kertas siasatan dihantar ke Bahagian Pendakwaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, polis masih menunggu jawapan daripada Bahagian Pendakwaan kes berkenaan.
Mazlan berkata, polis menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 366, Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah.

 

Namun, katanya, siasatan mengikut seksyen berkenaan mungkin dipinda berdasarkan keputusan Bahagian Pendakwaan.

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT & PDF


MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT & PDF

Bagi memudahkan kakitangan awam mengetahui secara ringkasan tentang pekeliling SBPA, anda boleh muat turun pelaksaan SBPA dalam bentuk ‘slide show powerpoint’ atau dalam bentuk format PDF (Acrobat).

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI SLIDESHOW POWERPOINT DI SINI!

MUAT TURUN PERLAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (JPA) VERSI PDF DI SINI!