Murid terpaksa berpanas – Sinar Harian


Murid terpaksa berpanas

NOR FARHANA YAACOB
1 Julai 2013
Murid terpaksa berpanas
Ibu bapa, penjaga dan murid terpaksa berpanas disebabkan tiada pondok menunggu.

BATANG MELAKA –  Ibu bapa dan penjaga murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Melaka meminta pihak berkenaan segera membina semula pondok menunggu di luar pintu belakang pagar sekolah berkenaan.

Wakil ibu bapa, Azrul Rahmat, 36, berkata, sebelum ini memang terdapat pondok menunggu namun, sejak setahun lalu pondok itu dirobohkan pihak terbabit kerana terlalu usang.

Menurutnya, sebelum ini jalan yang terletak di bahagian pintu belakang sekolah berkenaan adalah laluan bas awam dan disebabkan itu terdapat kemudahan pondok menunggu bas.

“Namun, sejak jalan itu ditutup pondok berkenaan dirobohkan sedangkan ia amat bermakna kepada murid-murid yang menunggu ibu bapa mereka,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan pondok itu menyebabkan kebanyakan murid terpaksa berpanas selain berteduh di bawah pokok dan situasi menjadi lebih teruk jika hari hujan.

“Kadang-kadang saya terlambat ambil anak dari sekolah dan mereka pula terpaksa menunggu di tengah panas.

“Kalau dulu ada pondok mudah untuk mereka berteduh dan saya harap dapat diwujudkan semula pondok menunggu baru,” katanya.

Azrul berkata, sekolah berkenaan juga perlu membina susur gajah dari bangunan sekolah hingga ke laluan pintu belakang demi keselesaan murid ketika hujan.

Sementara itu, waris murid K. Kartigasan, 30, berkata, dia bersetuju sekiranya pondok menunggu dibina kerana secara tidak langsung dapat mengelak murid-murid duduk bersepah sementara menunggu penjagamasing-masing.

“Anak buah saya  tidak mampu bercakap (belajar pendidikan khas) malah, tidak mampu mendengar dan kalau ada pondok mungkin dia dapat duduk di situ berbanding sekarang kadang-kala duduk bersepah,” katanya.

Seorang pengawal keselamatan sekolah terbabit berkata, dia kasihan melihat murid-murid yang terpaksa berpanas dan berhujan termasuk ibu bapa yang menunggu anak masing-masing.

“Kalau hari hujan habis semua pakaian mereka basah dan ada murid yang nakal suka bermain batu kerana terdapat longgokan batu di situ sehingga boleh mengancam keselamatan,” katanya.

‘Saya ingat dia tidur’ – Metro


‘Saya ingat dia tidur’

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan yang baru memulakan tugas terkejut menemui mayat rakan sekerja di tempat duduk di luar bilik pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Likas, di sini, pagi semalam.

Lelaki terbabit yang juga bekas anggota tentera, Md Shukari Ab Rahman, 53, ditemui meninggal dunia dalam keadaan duduk.

Rakan sekerjanya yang hanya mahu dikenali sebagai Saodah, 20, berkata, ketika kejadian dia baru saja memulakan tugas dan melihat rakannya (mangsa) duduk di luar bilik berkenaan.

“Ketika itu, saya berkemas di dalam pondok kawalan berdekatan bilik pengawal keselamatan dan melihat Shukari (mangsa) duduk di bangku. Saya memanggil beberapa kali, namun dia tidak menyahut. Ketika itu saya ingatkan dia tidur.

 
“Selepas siap berkemas, saya kemudian pergi ke tempatnya terkejut apabila melihat tubuhnya pucat, tidak bergerak dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/19