Pujuk anak ambil SPM – Metro


Pujuk anak ambil SPM

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA KANGSAR: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat, Hospital Kuala Kangsar (HKK), semalam apabila seorang anak mangsa kemalangan terpaksa dipujuk untuk menjalani peperiksaan hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada terus berada di sisi jenazah ibunya.

Halimatulrodiah Mohd Mokhtar, 17, dipujuk bapanya kerana mahu anaknya itu mengambil peperiksaan berkenaan demi masa depannya.
“Saya tidak tergamak menegurnya kerana diri sendiri juga masih sebak dengan kejadian itu. Dia dipujuk kembali ke sekolah dan meneruskan peperiksaan SPM.

 

“Saya sedar kejadian ini menjejaskan tumpuannya menghadapi peperiksaan SPM yang kebetulan bermula hari ini (semalam) dan sebagai bapa, saya hanya boleh mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Mohd Mokhtar Mohd Noor, 60, suami kepada Saemah Din, 55, seorang daripada tiga mangsa kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Kuala Kangsar-Manong, dekat sini.