Hormat ibu bapa, guru – Metro


Hormat ibu bapa, guru

 0  1 Google +0  0  0

Johor Bahru: Sentiasa menghormati ibu bapa dan guru selain menunaikan solat hajat antara rahsia kejayaan Nurul Huda Mohd Farith, 20, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 diumumkan, semalam.

Anak kepada pasangan jurutera dan guru dari Taman Bukit Kempas itu meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92 dengan memperoleh 3A dan 1A- iaitu A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta A- bagi Perakaunan. Anak kelima daripada sembilan beradik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sultan Ibrahim di sini, berkata, ibu bapa dan guru menjadi pendorong untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
“Kita perlu hormat orang lebih tua terutama guru yang mendidik kita di sekolah. Bagi saya, keberkatan ilmu di bawah keredaan guru.

 

“Saya bukanlah pelajar yang sering mencapai kedudukan pertama dalam kelas, malah sering belajar pada saat akhir.
“Bagaimanapun, saya kerap membuat latihan dan merujuk dengan ibu yang juga guru ekonomi di sebuah sekolah menengah di Skudai,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkat saling kongsi ilmu – Metro


Berkat saling kongsi ilmu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA SELANGOR: Saling berkongsi ilmu dalam mata pelajaran diminati menjadi rahsia kejayaan tiga rakan karib mendapat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Luqman Hakim Daim, Alif Asyraf Amin dan Mohamad Aiman Arif Mohamat Saat, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuala Selangor memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.
Mohamad Aiman yang meminati Matematik berkata, setiap kali mengulang kaji pelajaran mereka saling bertukar maklumat dan memperbaiki subjek lemah.

 

“Kami menggunakan masa sebaiknya untuk memastikan masa berkualiti tidak dipersiakan kerana perlu diselang-selikan dengan tugasan diberi guru.
“Bayangkan jika mengulang kaji seorang diri ia akan menjadi bosan. Sebab itu kami bertiga saling bertukar maklumat dalam mata pelajaran diminati dan sentiasa membuat latihan,” katanya.
yang bercita-cita menjadi saintis.

 

 

Luqman Hakim pula menganggap kejayaan itu hasil restu dan doa ibu bapanya di samping bantuan guru.
“Hampir setiap hari saya akan memohon supaya kedua ibu bapa saya merestui perjuangan saya. Waktu yang paling penting adalah sebelum mengulang kaji pelajaran dan mulut saya sentiasa ringan memohon kemaafan daripada mereka supaya hati sentiasa tenang,” katanya.

 

Bagi Alif Asyraf pula, dia mengambil organ dalaman seperti hati, limpa, perut atau paru lembu serta ayam kerana percaya ia memberi kesan negatif terhadap otak.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, SMS Kuala Selangor mencatat peratus lulus terbaik dengan 100 peratus calon lulus PMR membabitkan 144 calon.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20