Ragut:2 remaja ditahan – Utusan


Ragut:2 remaja ditahan

KEPALA BATAS 2 Jan. – Polis menahan dua remaja lelaki berusia 17 tahun bagi membantu siasatan satu kes ragut yang menyebabkan kematian seorang warga emas di Jalan Butterworth-Kepala Batas di Permatang Manggis, 28 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kedua-dua remaja tersebut ditahan di rumah mereka semalam.

Dalam insiden pukul 7.30 itu, A. Josop, 65, mati di tempat kejadian apabila seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal meragut rantai emas yang dipakai isteri mangsa, A. Laies, 52.

Mangsa gagal mengawal motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya menyebabkan dia terjatuh di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dalam kes berasingan, Mazlan berkata, polis memburu seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh seorang mekanik berketurunan Siam di Kampung Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth semalam.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini… Mudah dan murah

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130103/je_04/Ragut2-remaja-ditahan#ixzz2GsQthWAS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Enam beranak diikat penyamun – Berita Harian


Enam beranak diikat penyamun

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

2012/04/26

KUANTAN: Enam beranak menempuh detik cemas apabila diikat dan dikurung dalam sebuah bilik di rumah mereka yang dipecah masuk empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang serta kuku kambing dalam kejadian samun di Batu 8 Lepar, Paloh Hinai, dekat Pekan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, mangsa yang juga seorang mekanik berusia 49 tahun dan isterinya berusia 40 tahun, sedang tidur di bilik utama rumah terbabit sebelum dikejutkan empat penyamun berkenaan dipercayai memasuki rumah melalui pintu belakang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata selepas mengejutkan pasangan suami isteri itu, seorang daripada suspek mengejutkan anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang tidur di ruang tamu sebelum mengikat tangan ketiga-tiga mangsa dengan wayar seterika.

Beliau berkata, dua daripada suspek turut mengejutkan anak lelaki sulung berusia 18 tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia 11 dan 8 tahun yang sedang tidur dalam dua lagi bilik di rumah berkenaan sebelum enam beranak terbabit dikumpulkan dan dikurung dalam sebuah bilik.

“Suspek kemudian menggeledah rumah terbabit sebelum melarikan dua rantai emas, dua gelang tangan, tujuh telefon bimbit dan wang tunai RM1,800.

“Kerugian dialami mangsa dianggarkan berjumlah kira-kira RM8,000,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Yahaya berkata, selepas suspek beredar, mangsa berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan jiran bagi menghubungi polis.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai warga Indonesia berdasarkan dialek percakapan memasuki rumah melalui tingkap dapur yang diumpil sebelum membuka tombol pintu belakang dan beredar dari rumah terbabit melalui laluan sama.

“Tiada kecederaan dialami mangsa, hanya anak dan isterinya masih trauma dengan kejadian itu berikutan suspek yang memecah masuk rumah bersenjatakan parang dan kuku kambing.

“Polis masih berusaha menjejaki suspek dan siasatan lanjut kes itu dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Balik rumah tubuh berasap – Metro


Balik rumah tubuh berasap

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
PEDIH… Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.

TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
TERBAKAR… Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.

RAWANG: “Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.

“Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.

Kaki ponteng diberkas merompak, miliki barangan curi RM8,500 – Utusan


Kaki ponteng diberkas merompak, miliki barangan curi RM8,500

Azham Othman (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan beberapa bentuk cincin dan rantai emas tiruan yang dirampas dua suspek di Kota Bharu, semalam.

 

KOTA BHARU 15 Jan. – Dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang merupakan sahabat baik, bukan sahaja digelar kaki ponteng dan telah beberapa kali bertukar sekolah, malah turut terlibat memecah masuk rumah seorang kontraktor di Tanjung Chat di sini.

Aktiviti dua remaja itu terbongkar apabila salah seorang daripada mereka yang berusia 16 tahun ditahan, Khamis lalu.

Penangkapan remaja itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis barangan rompakan antaranya beberapa bentuk cincin, rantai emas tiruan dan gajet elektronik keseluruhannya bernilai kira-kira RM8,500.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, susulan penahanan itu juga, rakan baik suspek berusia 17 tahun turut ditahan di Sungai Keladi dekat sini petang semalam manakala suspek ketiga yang dipercayai rakan mereka masih diburu.

“Polis pada 1 Januari lalu menerima laporan seorang kontraktor berusia 34 tahun selepas menyedari rumahnya yang ditinggalkan kosong selama beberapa hari dipecah masuk.

“Berdasarkan laporan itu, polis menjalankan siasatan hingga berjaya menangkap suspek pertama. Suspek remaja itu mengaku terlibat dan membawa polis ke tempat barang-barang itu disembunyikan iaitu di bawah katil di rumahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azham berkata, selain kedua-dua suspek, polis turut menahan wanita dua beranak yang juga peraih emas berusia 64 dan 26 tahun di sebuah kedai di Jalan Putera Semerak kerana membeli barang curi daripada suspek.

“Keempat-empat suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan,” katanya.