Urusan Pemangkuan bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 Ke Gred N36


Urusan Pemangkuan bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 Ke Gred N36

 

Semua Pengurus Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/Agensi

 

YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

URUSAN PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32 KE GRED N36 PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (SEKTOR DALAM NEGERI)

 

Dengan  hormatnya  saya  diarah  untuk  memaklumkan  bahawa  Jabatan  ini  akan melaksanakan urusan  pemangkuan  bagi  jawatan  di  atas  dan  dengan  ini  memohon pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk menghantar maklumat pegawai-pegawai  yang  layak  dipertimbangkan  untuk  pemangkuan  bagi  jawatan berikut:-

 

Penolong  Pegawai  Tadbir Gred  N32  layak  dipertimbangkan  bagi  pemangkuan  ke  Gred  N36 apabila telah:

 

1.1            Telah disahkan dalam jawatan;

1.2            Dilantik sebagai PPT Gred N32 sebelum atau pada 31.12.2003;

1.3             Markah  wajaran LNPT bagi 3 tahun terkini (2009, 2010 dan 2011) tidak  kurang 80%;

1.4            Lulus tapisan  keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;

1.5            Telah mengisytiharkan  harta berdasarkan  peraturan yang  sedang  berkuat kuasa;

1.6            Bebas daripada tindakan  atau hukuman tatatertib;

1.7            Bebas daripada senarai  Peminjam Pendidikan Tegar;

1.8            Menandatangani Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi / Tabung Pendidikan; dan

1.9          Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

2.         Semua  permohonan  hendaklah  dibuat dengan menggunakan  borang Lampiran  A  2012 dan Lampiran  B 2012  dan Lampiran C 2012 seperti yang dilampiran dan  disertakan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan di setiap  helaian  muka surat seperti di  bawah:

 

2.1            satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan  yang telah dikemas kini; dan

2.2            satu (1) salinan  Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3)  tahun  terkini   (tahun 2009, 2010 dan 2011)

 

 

3.         Semua dokumen  tersebut  hendaklah  dikemukakan sebelum atau pada 3 Ogos 2012 ke  alamat berikut:

 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Perkhidmatan

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama

Aras 7, Blok C2,  Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

(u.p.: Puan Norziatulshima binti Tajuddin)

 

4.         Sebarang  pertanyaan  berhubung  urusan  pemangkuan ini  bolehlah  diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

i.            Encik Yugani bin Yunus                               –           03-8885 414
yugani.yunus@jpa.gov.my

 

ii.            Cik Nurdalila binti Ahamad                          –           03-8885 4292

dalila.ahamad@jpa.gov.my

 

iii.            Cik Syafinar binti Teh                                   –           03-8885 4939

syafinar.teh@jpa.gov.my

 

5.         Kerjasama YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk memastikan hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam emel ini sahaja dikemukakan kepada urus setia. Permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

 

Saya yang menurut perintah,

(NORZIATULSHIMA BINTI TAJUDDIN)

Timbalan Pengarah,

Bahagian Perkhidmatan,

b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

MALAYSIA