Jawatan Kosong – KAKITANGAN SAMBILAN DIPERLUKAN – NUTP


Jawatan Kosong – KAKITANGAN SAMBILAN DIPERLUKAN

KAKITANGAN SAMBILAN DIPERLUKAN

~ Lelaki
~ Berpengalaman dalam urusan Pentadbiran + ICT
~ Mempunyai kenderaan sendiri
~ Boleh mengendalikan komputer dengan baik dan mahir dalam Microsoft Office.
~ Mahir Bertutur dalam Bahasa Melayu
~ Memiliki Diploma / Ijazah
~ Gaji boleh dirunding berdasarkan pengalaman / kebolehan.

Sila hantar resume ke : mail@nutp.org
atau hubungi pejabat NUTP : 03-62510621

Advertisements

Rayuan diberi peluang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa – NUTP


Rayuan diberi peluang melanjutkan pelajaran dengan biasiswa

Document:
Tarikh Berita/News Date:
24/09/2013

PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2013 – SPP


PERMOHONAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2013

Graduan Pendidikan tahun 2013 adalah diminta membuat permohonan jawatan melalui Portal JobsMalaysia sebaik sahaja disahkan tamat pengajian oleh Senat tanpa perlu menunggu sebarang pemakluman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan calon-calon yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

 Muat naik pada 06 September 2013

Remaja 14 tahun hamil, mangsa rogol – Sinar Harian


Remaja 14 tahun hamil, mangsa rogol
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 September 2013

HULU SELANGOR – Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

“Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah ‘memerangkap’ wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Hilang tangan kanan dalam mesin – Sinar Harian


Hilang tangan kanan dalam mesin
MUHAYUDIN SALLEH
27 September 2013
  • Hilang tangan kanan dalam mesinMuhammad Faiz (kiri) hilang tangan kanan namun tetap mahu bekerja untuk menyara emak dan adik-adiknya yang masih bersekolah.
< 1 / 1 >

ROMPIN – Seorang remaja lelaki Orang Asli yang menetap di Buluh Nipis, di sini  nyaris maut dalam mesin pemecah batu ketika sedang bekerja di sebuah kilang kuari di Paloh Hinai, Pekan, Julai lalu.

Muhammad Faiz Abdullah, 16, berkata, kejadian itu menyebabkan dia kudung tangan kanan akibat tersepit pada mesin tersebut.

“Ketika kejadian, ada batu tersangkut pada mesin itu, jadi saya cuba alihkan batu berkenaan untuk menggerakkan mesin.

“Selepas itu, mesin bergerak secara tiba-tiba menyebabkan tangan saya tersepit. Saya nyaris maut kalau lambat bertindak kerana mungkin seluruh anggota badan tersepit dan termasuk ke dalam mesin itu,” kata anak keempat daripada sembilan beradik itu.

Sejurus itu katanya, rakan sekerja menghantarnya ke Hospital Kuantan dan dimasukkan ke wad selama sembilan hari dan seterusnya dimasukkan ke Hospital Muadzam Shah, di sini selama tiga hari.

“Kos rawatan kira-kira RM4,000 ditanggung syarikat kuari terbabit dan saya ada buat tuntutan insurans tapi sehingga kini masih belum dapat kepastian sama ada permohonan diluluskan atau tidak.

“Saya akan mula bekerja pada bulan depan di tempat sama, cuma saya akan diberi tugas bersesuaian dengan keadaan saya sekarang yang tergolong sebagai orang kurang upaya. Insya-Allah saya akan cuba sesuaikan diri,” katanya.

Sementara itu, emaknya, Tiling Kubeh, 53, berkata, anaknya itu tidak bersekolah sejak tingkatan satu kerana mahu membantunya mencari nafkah untuk menanggung keluarga.

“Saya ada nasihatkan Muhammad Faiz supaya bersekolah tetapi dia menolak kerana kasihankan saya dan adik-adiknya,” katanya.

Menurut Tiling, anaknya itu tetap mahu bekerja untuk menanggung lima adiknya yang masih bersekolah.

“Saya terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa Muhammad Faiz. Dia anak yang baik kerana sanggup berkorban demi keluarga namun kami reda dengan dugaan yang menimpanya,” katanya.

Selepas kejadian itu katanya, dia tidak membenarkan anaknya itu bekerja lagi namun Muhammad Faiz tetap mahu mencari duit untuk membantu keluarga memandangkan mereka hanya bergantung dengan wang Risda sebanyak RM450 sebulan.

“Dia seorang anak yang bertanggungjawab, mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang menimpa kami sekeluarga,” katanya yang masih belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

Mengaku salah cabul anak tiri – Sinar Harian


Mengaku salah cabul anak tiri
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 September 2013

KUANTAN – “Biarlah orang nak kata saya salah. Saya nak ajar dia,” kata seorang pemandu lori yang mengaku bersalah atas tuduhan mencabul anak tirinya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Nasir Abd Manaf, 34, ketika ditanya Majistret dalam kandang tertuduh berkata, dia mahu mengajar anak tirinya yang berusia 14 tahun kerana tidak mendengar kata selepas dipukul.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Indera Semporna dalam tempoh empat bulan.

Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan RM2,000 denda dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Menurut fakta kes, mangsa diperlakukan tertuduh sejak November tahun lalu sehingga Mac lepas dengan meraba seluruh badan mangsa beberapa kali dan tertuduh ditangkap pada 22 Jun lalu pada jam 2.30 petang.

Noor Zaihan bagaimanapun, menasihatkan tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan itu dan insaf selepas menerima hukuman penjara.

“Saya harap kamu tidak ulangi lagi kesalahan ini. Perbuatan kamu ini sungguh jijik. Dalam penjara nanti kamu berfikir dan insaf,” katanya.

Timbalan Pendakwaraya, Farahah Ahmad Nazari dalam pendakwaannya meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya kerana membabitkan anak tiri walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau.

Penolong Pengetua Disiasat Kerana Tegur Pelajar “Balik India, China” – mStar


Penolong Pengetua Disiasat Kerana Tegur Pelajar “Balik India, China”

Oleh TASHNY SUKUMARAN

PETALING JAYA: Seorang penolong pengetua di sebuah sekolah menengah disiasat atas dakwaan menegur sebahagian pelajarnya supaya “balik India, China.”

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, kementerian sedang menunggu laporan berhubung perkara itu daripada para pegawainya yang mengendalikan kes berkenaan.

“Jika didapati dakwaan itu adalah benar, maka kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada The Star Online.

Guru terbabit didakwa berang selepas sebahagian pelajar tidak turut serta menyanyi lagu Negaraku semasa perhimpunan mingguan di SMK Engku Husain di Semenyih, Kajang beberapa hari lalu.

Pengetua sekolah, Abdul Ghafar Kunchi Mohd memberitahu The Star Online bahawa sekolah tersebut sudah melaporkan perkara itu kepada kementerian dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Beliau berkata, satu mesyuarat diadakan pada Khamis mengenai perkara itu bersama wakil kementerian dan wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di mana ia turut disertai beliau dan penolong pengetua terbabit.

Beliau enggan mengulas lanjut dan memberitahu bahawa perkara tersebut kini dikendalikan oleh kementerian.

Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan mengecam tindakan guru-guru yang merasakan sesuatu yang boleh diterima dengan memberitahu para pelajar supaya pulang ke negara asal nenek moyang mereka.

“Pada pendapat saya, mereka perlu dilatih semula untuk mempelajari tentang kelakukan yang sepatutnya diamalkan membabitkan guru dan pelajar,” katanya.

Ali berkata, guru-guru dan pendidik-pendidik yang didapati mencetuskan perkauman dalam pendidikan seharusnya ingat tentang peranan mereka memberi panduan kepada pelajar.

“Semangat bangsa Malaysia sepatutnya disemai dalam diri mereka, supaya ia dapat dimaklumkan kepada pelajar berbanding mencetuskan isu perkauman.”

Beliau berkata, pendidik yang mencetuskan isu perkauman perlu diatasi tanpa mempedulikan apakah jawatannya sekalipun.

Kejadian yang berlaku selepas beberapa insiden yang berbaur perkauman yang melibatkan beberapa sekolah, termasuk satu kes pada Ogos lalu apabila seorang pengetua sekolah di Shah Alam memohon maaf kepada para pelajar kerana memberitahu mereka supaya “balik ke India, China atau Indonesia”.

Satu lagi kes apabila SK Seri Pristana, di mana guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor dituduh bersifat rasis selepas pelajar bukan Islam didapati makan di bilik persalinan pada bulan Ramadan.