Dua remaja dirogol di surau lama – Sinar Harian


Dua remaja dirogol di surau lama

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mac 2013

HULU SELANGOR – Kegembiraan dua sahabat untuk bertemu teman lelaki bertukar mimpi ngeri, apabila kedua-dua mereka dirogol di surau lama, Jalan Padang Golf di sini, kira-kira seminggu lalu.

Sebelum kejadian, kedua-dua remaja yang tinggal di Rawang itu, difahamkan keluar untuk bertemu teman lelaki mereka di kawasan Kuala Kubu Baru pada Khamis lalu.

Mereka bagaimanapun tidak pulang ke rumah selama tiga hari, sebelum kedua-duanya berjaya ditemui di sebuah kafe siber di kawasan sama pada Sabtu lalu.

Susulan itu, dua laporan polis dibuat kelmarin oleh keluarga kedua-dua remaja berusia 14 dan 15 tahun itu yang mengesyaki mereka dirogol.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis kemudiannya menahan dua lelaki berusia 15 dan 18 tahun iaitu teman lelaki kepada dua mangsa terbabit.

“Hasil soal siasat awal, dua suspek itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kedua-dua mangsa di surau sebuah sekolah menengah di sini.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat kesan kemasukan pada kemaluan mereka,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Menurutnya, dua suspek itu kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

Remaja dirogol bergilir-gilir – Utusan


Remaja dirogol bergilir-gilir

D. Som Sak menunjukkan gambar dua suspek, Musa Shaharum (kanan) dan Mohd. Shahril Kamaruddin untuk membantu siasatan kes rogol seorang remaja pada sidang akhbar di IPD Tapah, Perak, semalam. – BERNAMA

TAPAH 7 Sept. – Temu janji pertama seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan seorang lelaki yang baru tiga hari dikenalinya bertukar mimpi ngeri setelah dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki tersebut bersama dua lagi rakannya di sebuah rumah di Kilometer 52.8 di Kampung Muhibbah di sini.

Pada hari kejadian Isnin lalu, mangsa diajak keluar makan pada pukul 8.30 malam oleh suspek yang dikenalinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ketua Polis Daerah, Supritendan D. Som Sak berkata, selepas selesai makan, suspek tidak menghantar remaja itu pulang ke rumah sebaliknya memujuk mangsa yang juga pelajar di sebuah sekolah di sini untuk beraya di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.