KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 penerima dipilih menerima bantuan persediaan persekolahan anak berupa baucar membeli pakaian dan kasut sekolah bernilai RM100 dan wang RM100 setiap seorang.
Bantuan disalurkan Yayasan Wilayah Persekutuan menerusi peruntukan RM1 juta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pemberian bantuan daripada kerajaan itu menjadi program tahunan dianjurkan sejak 2008 membabitkan penerima dari tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Ia menjadi program yang memberi perhatian dan bantuan pada ibu bapa untuk menyediakan kemudahan pada anak-anak masuk sekolah rendah. “Bantuan berupa sepasang pakaian, kasut, tiga sarung kaki, beg dan wang RM100,” katanya pada majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19