‘Andai saya pergi dulu…’ – Metro


‘Andai saya pergi dulu…’

 902  43 Google +4  1  1

Oleh Arifin Salleh

Melaka: “Jika ditakdirkan saya mati awal, harapan saya semoga ada pihak tampil membantu anak bongsu saya ini,” kata seorang ibu yang dijangkiti virus HIV dan penyakit sama turut dihidapi anak lelakinya berusia 13 tahun.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Salmah, 50-an berkata, dia dijangkiti virus maut itu daripada suaminya yang sudah meninggal dunia dan episod malang dalam hidupnya berterusan apabila anaknya, Roslan, turut ‘mewarisi’ penyakit sama.

Salmah berkata, sudah 11 tahun dia mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan virus penyakit itu manakala Roslan, anak bongsu daripada tiga beradik, mula dikesan mewarisi penyakit ayah dan ibunya, beberapa tahun lalu.

“Kesihatan saya kini sering terganggu. Saya mengalami keguguran rambut yang kritikal selain menghidap alahan kulit, selain ada ketumbuhan di perut dan perlu menjalani pembedahan untuk membuangnya,” katanya.

FotoROSLAN tertekan kerana sering diejek rakan sekolah.

Menurutnya, tahap kesihatannya pula kini semakin lemah apabila sudah tidak boleh melakukan kerja berat dan banyak bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung kehidupan bersama anak-anak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/11

Meletup di tangan – Metro


Meletup di tangan

 2  1 Google +0  0  0

Kuala Terengganu: “Api begitu pantas membakar sumbu sehingga mercun bola itu tidak sempat dilempar,” kata Muhammad Danial Haikal Roslan, 8, yang terlantar di hospital sejak Khamis lalu apabila tapak tangan kanannya terbelah dua sentimeter selepas terkena letupan mercun bola di Kampung Saujana, Setiu.

Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Saujana itu berkata, dalam kejadian jam 4 petang dia bersembunyi di dapur untuk meletupkan dua mercun bola yang diperoleh daripada rakan sekolahnya.
Menurutnya, dia berhasrat menyalakan mercun bola itu sebelum melempar ke arah luar dapur rumahnya kerana berfikir lebih selamat.

 

Malang, katanya, hasrat itu tidak kesampaian apabila mercun bola yang dibakar itu meletup sebelum sempat melempar ke luar dapur menyebabkan tapak tangan kanan terbelah dua sentimeter selain melecur teruk pada jari manis.
“Saya meraung sekuat hati kerana tangan terasa amat sakit akibat letupan itu dan jeritan saya didengari nenek di ruang tamu sebelum bergegas turun ke dapur untuk melihat keadaan saya.
“Nenek membalut tangan dengan kain sebelum menghubungi bapa saya, Roslan Salleh, 34, untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30

2 remaja perempuan bawah umur antara ditahan di JB – Bernama


2 remaja perempuan bawah umur antara ditahan di JB

1 Januari 2013

JOHOR BAHRU – Dua remaja perempuan bawah umur bersama pasangan masing-masing antara yang ditahan menerusi ‘Operasi Samseng Jalanan’ semasa sambutan Tahun Baru di Jalan Skudai di sini awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor,  DSP Roslan Ali berkata, keterangan diambil daripada mereka sementara ibu mereka  akan turut dipanggil.

Beliau berkata remaja berumur 14 dan 16 tahun itu antara lebih 100 penunggang motosikal dan beberapa pemandu kereta yang diperiksa menerusi operasi bersepadu tersebut.

Operasi berhampiran Danga Bay itu dilakukan antara pasukan IPK, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Rela dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Beliau berkata, penunggang motosikal yang diperiksa itu didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar sementara pemandu kereta didapati mengubah suai kenderaan mereka. – Bernama