Rotan, pukul anak hiperaktif – Metro


Rotan, pukul anak hiperaktif

Kuala Lumpur: Bukan saja dirotan dan dipukul, seorang kanak-kanak lelaki hiperaktif berusia 11 tahun turut tidak dibenar memasuki kediaman ibunya serta dibiarkan menangis di luar selama beberapa jam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu berakhir selepas polis yang menerima laporan jiran sebelum menahan ibunya di sebuah kondominium di Jalan Kiara, Sri Hartamas, di sini, Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui kesan calar dan lebam di belakang badan serta paha kanak-kanak itu menyebabkan polis mengesyaki mangsa didera ibunya.

 

 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, berikutan itu ibu mangsa berusia 37 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Travers untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dipantau pihak hospital.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/06

Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar – Berita Harian


Guru disiplin cedera dibelasah 10 pelajar

14/09/2012 – 05:43:39 AM Oleh Zuliaty ZulkiffliCetakEmel Kawan
Mangsa diserang ala samseng selepas tegur pelajar buat bising

Alor Setar: Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Jalan Gunong, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang lambat menyertai perhimpunan, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku. Tidak bermaya

Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah.

Pelajar lain dalam kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.

Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan kumpulan pelajar terbabit kerana geram dengan teguran berkenaan.
Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden berkenaan dimaklumkan pelajar.

“Saya tak pasti sama sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan berehat,” kata sumber berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangsa tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd
Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.