Anak saya nakal sangatkah? – Utusan


Anak saya nakal sangatkah?

Suzianawati Mohamad bersama Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman di luar rumah anak yatim di Taman England, Seremban, semalam.

 

SEREMBAN 6 Mac – Ibu mangsa buli, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, hanya inginkan keadilan untuk anaknya yang dibuli dengan teruk oleh rakan-rakan mangsa sehingga cedera dan lebam di sebuah sekolah kebangsaan di Sikamat dekat sini Jumaat lalu.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, sehingga kini dia tidak tahu kesalahan yang dilakukan oleh anaknya itu sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa.

Dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang diinginkan adalah kebenaran dan keadilan.

“Saya tak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana saya hanya nak tahu kenapa dia dipukul begitu dahsyat.

“Adakah anak saya jahat atau dia nakal sangat atau orang yang memukulnya mengalami tekanan mental,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rumah anak yatim di Puchong terbakar – Metro


Rumah anak yatim di Puchong terbakar

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 33 kanak-kanak dari rumah anak yatim “House of Joy” hilang tempat berlindung apabila rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Taman Tenaga, dekat Puchong, di sini, hari ini.

Kebakaran pada pukul 10.50 pagi itu dipercayai bermula di salah sebuah bilik di tingkat atas sebelum merebak ke bahagian lain sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas bangunan itu manakala 60 peratus daripada tingkat bawah rumah berkenaan turut musnah.

Bagaimanapun, 20 kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun yang berada di tingkat bawah ketika itu berjaya diselamatkan.

Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata sebanyak tiga jentera bomba dengan 27 anggota dan pasukan siasatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 10.59 pagi untuk mengawal kebakaran.

 
Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Anuar berkata kanak-kanak itu akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya di Puchong Jaya, buat sementara waktu. – Bernama