Mulai esok, harga barangan asas seragam di Semenanjung, Sarawak, Sabah – Bernama


Mulai esok, harga barangan asas seragam di Semenanjung, Sarawak, Sabah

 

KUCHING 28 Feb. – Bermula esok, harga barangan keperluan asas di Sarawak, Sabah dan Labuan diseragamkan dengan Semenanjung di bawah program 1Malaysia 1Harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara barangan keperluan asas yang akan diseragamkan harganya ialah gula, minyak masak dan tepung gandum kegunaan am.

“Selain itu penyeragaman ini akan turut melibatkan 304 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), 89 produk COOP 1Malaysia, dan 69 produk keluaran Fama.

“Penyeragaman ini berjaya kita lakukan apabila kerajaan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke Sarawak, Sarawak, dan Labuan termasuk penghantaran barangan keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi peruntukan sebanyak RM386 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program 1Malaysia 1Harga dan perasmian KR1M di Medan Hamidah di sini, hari ini.

Mengulas perkara itu, Ismail Sabri berkata, program 1Malaysia 1Harga merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya di Sarawak, Sabah dan Labuan bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

“Melalui penyeragaman ini juga, peniaga tiada alasan lagi untuk menaikkan harga barangan keperluan kerana kos penghantaran yang menjadi antara sebab kenaikan harga barang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Untuk memastikan penyeragaman ini berjaya, kita akan buat pemantauan, dan dalam masa sama kita minta orang ramai (pengguna) turut membuat laporan berkaitan harga barangan yang telah diseragamkan itu. Pengguna perlu mainkan peranan dengan beritahu kita, pengguna perlu lindungi diri dan jangan terima saja apa yang berlaku,” katanya.

Menjawab soalan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas peniaga yang gagal menurunkan harga barang keperluan itu, Ismail Sabri berkata tiada akta khusus yang membolehkan tindakan diambil sebaliknya tindakan menyenarai hitam peniaga dan menghentikan pengedaran barang kepada peniaga boleh dilakukan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meneruskan cadangan membina 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan.

“Tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M lagi di Sarawak, Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan pembangunan,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130228/dn_60/Mulai-esok-harga-barangan-asas-seragam-di-Semenanjung-Sarawak-Sabah#ixzz2MBisANwX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kementerian Kesihatan siasat punca keracunan makanan di SRJK Yuk, Sabah – Bernama


Kementerian Kesihatan siasat punca keracunan makanan di SRJK Yuk, Sabah

2012/05/25

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian keracunan makanan membabitkan 44 murid SRJK (C) Lok Yuk, Menggatal dekat sini yang dilapor mengalami simptom sakit perut selepas minum susu coklat pada waktu rehat, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kejadian itu disyaki berpunca daripada pengambilan susu UHT berjenama Mat Pintar yang diedar di bawah program susu kerajaan negeri Sabah.

“Sampel sudah diambil untuk analisis, dan sebagai langkah pencegahan, kementerian telah menarik balik semua baki stok susu UHT di sekolah itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rosnah berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar tempatan mengenai perkara itu pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, siasatan juga sedang dijalankan untuk kejadian sama yang membabitkan lapan murid SK St Francis Convent, Kota Kinabalu.

“Kementerian Kesihatan turut menarik balik semua baki stok UHT di sekolah itu,” katanya.

Rosnah berkata, pejabat Pelajaran Kota Kinabalu dimaklumkan supaya susu UHT tidak diedar kepada murid di sekolah terbabit buat sementara waktu.
– BERNAMA

KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Sabah dan Labuan)


KAJIAN SEMULA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 (Sabah dan Labuan)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latarbelakang Kajian Semula Pendidikan dan Jadual Sesi Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, sila muat turun fail-fail di bawah.

Latarbelakang Kajian Semula Pendidikan

Jadual Sesi Dialog Pendidikan Negara 2012

Kerajaan akan bina 34 buah sekolah di Sarawak, Sabah – Bernama


Kerajaan akan bina 34 buah sekolah di Sarawak, Sabah

14 Februari 2012

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan untuk membina 34 sekolah di Sarawak dan Sabah
menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata sembilan sekolah akan dibina di Sarawak manakala 25 lagi di Sabah.

“Penggunaan IBS dapat mempercepatkan proses pembinaan sekolah dalam tempoh dua bulan berbanding dua tahun melalui kaedah pembinaan ketika ini dan menjimatkan kos,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012 di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan juga menimbang untuk mengunakan sistem IBS bagi membina hospital dan balai polis baharu di luar bandar dan bandar pada masa hadapan.

Katanya langkah itu juga seiringan dengan evolusi yang dilakukan syarikat tempatan dari konsep pembinaan tradisional kepada sistem IBS. – Bernama