SARINGAN LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA INGGERIS – Tarikh pengisian data murid


SARINGAN LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA INGGERIS
PERHATIAN  :

SARINGAN LINUS 2.0 :

 

LITERASI BAHASA INGGERIS – BASELINE SCREENING

Tarikh saringan bertulis LINUS bermula dari
20 HINGGA 24 MEI 2013
Tarikh pengisian data murid bagi saringan LINUS  bermula dari
27 MEI HINGGA 14 JUN 2013
Portal akan ditutup pada 14 JUN 2013 pukul 12.00 MALAM


**1.  Semua guru yang terlibat dengan PENGISIAN DATA MURID bagi
Saringan LINUS 2.0 ; Literasi Bahasa Inggeris Tahun 2013, perlu
         mengisi di dalam LINUS 2.0Sekolah diminta mengemaskini data
         APDM mengikut enrolmen semasa sekolah.
    2.  Ikon LINUS 1.0 adalah kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah
untuk muat turun data murid dari Tahun 2010 hingga 2012 sahaja.

Sumber : http://nkra.moe.gov.my/

JAWATAN KERANI SEMENTARA DIPERLUKAN – NUTP


JAWATAN KERANI  SEMENTARA DIPERLUKAN

Pihak KPPK Ibu Pejabat menawarkan kekosongan jawatan bagi kerani sementara.

Syarat yang diperlukan adalah minima SPM dan boleh menaip dengan pantas.

Keutamaan adalah disekitar Kuala Lumpur/Selangor sahaja.

Jika berminat sila hubungi di talian 03-62510621/03-62510623 atau mail@nutp.org

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012


URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012

08 February 2013

Urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012 akan mula dibuka pada 13 Februari 2013 untuk tindakan Ketua Jabatan.

Hanya maklumat Pengetua dan Penolong Kanan yang lengkap dan betul sahaja boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan. Tarikh tutup bagi setiap peringkat Ketua Jabatan adalah seperti berikut :

Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri
No Jawatan Ketua Jabatan Tarikh Tutup Secara Atas Talian Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1 Pengetua PPD 28 Februari 2013 10 Mac 2013
2 Penolong Kanan Pengetua 28 Februari 2013

 

Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Bahagian
No Jawatan Ketua Jabatan Tarikh Tutup Secara Atas Talian Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1 Pengetua Bahagian 10 Mac 2013 10 Mac 2013
2 Penolong Kanan Pengetua 28 Februari 2013

Bagi Ketua Jabatan yang telah memperakukan kenaikan pangkat Penolong Kanan pada iklan kenaikan pangkat yang disiarkan pada Disember 2012, iklan ini tidak perlu diambil tindakan.

Sukacita juga diingatkan bahawa urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan ini akan menggunakan Sistem ePangkat sepenuhnya dan perakuan kenaikan pangkat yang diterima secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih

CUEPACS cadang cuti tanpa rekod untuk penjawat awam tunai umrah – Bernama


CUEPACS cadang cuti tanpa rekod untuk penjawat awam tunai umrah

LANGKAWI 23 Jun – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah.

“Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu,” katanya. – BERNAMA

Empat suspek culik Nayati diberkas – Utusan


Empat suspek culik Nayati diberkas

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

Nayati Shamelin Moodliar

KUALA LUMPUR 8 Mei – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilarikan selama tujuh hari sejak 27 April lalu.

Suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditangkap berasingan di sekitar Perak dan ibu negara antara tengah malam tadi dan awal pagi ini.

Kesemua suspek ditangkap oleh sepasukan polis yang ditubuhkan khas untuk memburu penjenayah terbabit sebaik sahaja kes ini dilaporkan dan mangsa ditemui selamat pada pagi 3 Mei lalu.

Menurut sumber, ketika ditangkap, polis turut menemui sebahagian wang dipercayai berjumlah RM40,000 yang diterima sebagai wang tebusan daripada keluarga kanak-kanak itu.

“Siasatan awal mendapati kesemua penjenayah ini baru pertama kali terlibat dalam kes penculikan seperti ini.