IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29-44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29-44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Secara Pertukaran Sementara di Sekolah Seni Malaysia.

Sila Lihat lampiran.

Sekian terima kasih
Muat turun
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH
BORANG PERMOHONAN JURULATIH
LAMPIRAN L
LAMPIRAN L1
SURAT PERSETUJUAN PELANTIKAN
LAMPIRAN B

PROGRAM KO AKADEMIK BAHASA INGGERIS TAHUN 2012 (JANUARI – JUN)


PROGRAM KO AKADEMIK BAHASA INGGERIS TAHUN 2012 (JANUARI – JUN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 telah di adakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Hingga 14 Jun 2012
Tempat Penginapan : Swiss-Inn Sungai Petani, Kedah

Tetamu kehormat adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, selaku Timbalan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Untuk mengetahui tentang program ini dengan lebih lanjut sila klik DISINI
Sekian terima kasih

SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam Sejahtera,

Surat berkenaan sila rujuk lampiran di bawah :-
Muat turun
Surat Peringatan

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 26-44


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 26-44

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Secara Kontrak di Sekolah Seni Malaysia.
Sila download dokumen-dokumen yang berkaitan di bawah..

Sekian terima kasih

Muat turun
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH
BORANG PERMOHONAN JURULATIH
LAMPIRAN L
LAMPIRAN L1
SURAT PERSETUJUAN PERLANTIKAN

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM


PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Datuk /Dato’ /Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang lalu.
Program Yuran Pengajian ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratus bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;
(i) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.
TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai 2012 sehingga Ogos 2012. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran http://www.moe.gov.my.

SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM

1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sekian,terima kasih.

Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2751

Kata Alu-Aluan YAB. Menteri Pelajaran Malaysia Bagi Majalah Sekolah Tahun 2012


Kata Alu-Aluan YAB. Menteri Pelajaran Malaysia Bagi Majalah Sekolah Tahun 2012

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Berikut disertakan Kata Alu-Aluan YAB Menteri Pelajaran Malaysia bagi Majalah Sekolah Tahun 2012
Muat turun
Kata Alu-Aluan YAB. Menteri Pelajaran Bagi Majalah Sekolah Tahun 2012

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA)


Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA)

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Mulai 24 Mei 2012, calon-calon Peperiksaan Perkhidmatan Bil. 1/2012 boleh melayari Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA) di http://www.moe.gov.my/sisppa/ bagi mencetak slip keputusan Peperiksaan Perkhidmatan. Slip tersebut boleh digunakan untuk tujuan rasmi dan keputusan perlu direkodkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan.
Terima kasih.