SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang – Kosmo


SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang tahun ini terpaksa berebut kekosongan sebanyak 7,657 kekosongan di 107 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 di seluruh negara.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemilihan akan dibuat secara teliti termasuk mengambil kira pengambilan murid berdasarkan merit yang merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum, pencapaian khas seperti aspek kepemimpinan dan status sosioekonomi keluarga.

Permohonan kemasukan ke SBP dan Sekolah Kawalan KPM bagi tahun 2013 boleh dibuat sejak 15 September lalu.

Sebelum ini, KPM tidak bercadang menambah tempat di SBP bilangan murid yang mencapai prestasi cemerlang dalam UPSR dan kokurikulum, semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Pada tahun lepas, permohonan ke Tingkatan 1 di SBP yang diterima oleh KPM ialah 99,765.