Hanya 29 murid tapi cemerlang – Metro


Hanya 29 murid tapi cemerlang

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: “Besar atau kecil (bilangan murid) di sekolah tidak menjadi masalah, yang penting usaha kita… tanpa komitmen memang tidak boleh dicapai, jika berjaya ia atas kerjasama semua pihak termasuk guru besar, guru, ibu bapa, pekerja, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid, semua harus sehaluan,” kata R Paramaswary, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Rem, Johor yang diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort empat, di sini, semalam.

SJKT Ladang Rem yang ditubuhkan pada 1935 dan hanya mempunyai 29 murid adalah SJKT pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT sejak program berkenaan diwujudkan pada 2010.
Paramaswary berkata, sebagai guru besar yang sudah enam tahun menyandang jawatan itu, beliau amat berbangga kerana sekolah berkenaan diiktiraf sebagai SBT, dan kejayaan itu diperoleh hasil sokongan daripada semua pihak.

 

“Saya berhasrat menjadikan SJKT Ladang Rem sebagai Sekolah Bestari supaya menjadi model kepada sekolah lain. Walaupun jumlah pelajar sedikit, tetapi saya rasa kami boleh melakukannya.
“Setakat ini, kita tidak berdepan dengan masalah atau halangan, kalau membabitkan murid-murid itu biasa saja, saya terima (tingkah laku mereka) sebagai kenakalan bukan jahat dan kita boleh atasinya sebagai mana kita lakukan kepada anak-anak sendiri,” katanya.
Paramaswary berkata, sekolah berkenaan sepatutnya boleh memuatkan 50 murid, tetapi secara purata pihak sekolah hanya menerima sekitar 29 murid saja setiap tahun.

 

Katanya, ketika ini pihaknya sedang dalam usaha memindahkan sekolah ke taman berhampiran, memandangkan kedudukannya ketika ini berada kira-kira enam kilometer (km) di dalam kawasan ladang.
Sementara itu, guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (1) Suhaimi Ali Ahmad berkata, selepas tiga tahun diverifikasi sebagai SBT, akhirnya sekolah terbabit tersenarai dalam SBT bagi kohort empat.

 

“Saya mewakili sekolah amat bangga kerana dapat melakar satu sejarah untuk sekolah. Sebenarnya ini kali ketiga kami diverifikasi, pertama pada 2011 tidak berjaya, kedua pada 2012 dan tahun ini Alhamdulillah kami dapat menempatkan diri dalam kumpulan SBT. katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/19

PERMOHONAN SBT 2013 – KNRA


PERMOHONAN SBT 2013
PERHATIAN KEPADA GURU BESAR

 

PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Semua SEKOLAH RENDAH dalam Band Satu (1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan SBT menerusi Portal NKRA Pendidikan.

Borang Pencalonan boleh diakses melalui 

mulai 16 JANUARI 2013.

Sila gunakan IDPengguna : PGB<kodsekolah>.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada jam 12.00 malam 8 FEBRUARI 2013

SURAT SIARAN : Panduan Pelaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)


Panduan Pelaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Kategori Surat Siaran
Subjek Panduan Pelaksanaan Autonomi Pemilihan Murid Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Bil. 8
Tahun 2012
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Fail Download
Tarikh 09/05/2012

PENCALONAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) TAHUN 2012


PENCALONAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) TAHUN 2012

 PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua SEKOLAH RENDAH dalam Band Satu (1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan SBT menerusi Portal NKRA Pendidikan.

Borang Pencalonan boleh diakses mulai 12 MAC 2012.

Sila gunakan IDPengguna: PGB<kodsekolah>

Tarikh tutup pencalonan adalah pada jam 12 malam 12 APRIL 2012