PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014


PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014

01 September 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula

01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM


PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM

27 August 2013

 

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

SEMAKAN TAWARAN AMBILAN KEDUA KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013


SEMAKAN TAWARAN AMBILAN KEDUA KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013

26 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ambilan Kedua Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 27 Februari 2013 (Rabu) esok.

 

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

 

Terima kasih.

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013


SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) AMBILAN KEDUA DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2013

29 January 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 29 Januari 2013 (Selasa).

Pautan Sistem Semakan seperti berikut:

http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_ambilan22013/

Sekian terima kasih

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

15 January 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran dan Rayuan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 16 Januari 2013 (Rabu).

‘Teruja kali pertama naik kapal terbang’ – Metro


‘Teruja kali pertama naik kapal terbang’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya teruja sebab kali pertama akan menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Malaysia Timur,” kata Nurul Afiqah Mohd Hesam, 17.

Dia antara 42,000 pelatih Kumpulan 1 Siri 9/2012 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula melapor diri semalam.
Katanya, meskipun agak takut menaiki kapal terbang, dia tidak sabar berkenalan dengan rakan baru apabila mendaftar di Kem PLKN Kota Kinabalu di Bayu, Tuaran, Sabah.

 

“Pengalaman rakan lain pernah mengikuti program ini tahun lalu menyebabkan berasa berdebar-debar menyertai PLKN,” katanya.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia berjanji menghubungi ibunya, Mimi Hamzah, 40, setiap hari bagi menghilangkan rindu.
“Walaupun mempunyai pengalaman berdikari dan tinggal di sekolah berasrama penuh sejak tingkatan satu, ini kali pertama tinggal berjauhan dari keluarga di luar Semenanjung.

 

 

“Saya juga sudah membawa beberapa novel untuk menghilangkan kebosanan sepanjang perjalanan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04

e-Rayuan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013


e-Rayuan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

24 December 2012

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Rayuan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 24 Disember 2012 (Isnin : 10.00 pagi ) . Sila klik di sini.

 

Harap maklum.

KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Muat turun
KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 105,357 permohonan untuk kemasukan ke
Tingkatan Satu (1) di 66 buah SBP bagi tahun kemasukan 2013.

Sebanyak 62,338 pemohon adalah murid perempuan dan selebihnya iaitu 43,019 pemohon adalah murid lelaki.

Seramai 7710 murid akan dipilih dan akan ditempatkan di Tingkatan Satu (1) SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut, sebanyak
3645 tempat adalah untuk murid perempuan dan 4065 tempat disediakan untuk murid lelaki.

Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru
itu KPM akan menawarkan sekurang-kurangnya 5397 (70%) tempat kepada murid-murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

Bagi membolehkan murid-murid dipertimbangkan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh, mereka mesti memenuhi syarat-syarat seperti warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012. Walau bagaimanapun, murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat keputusan UPSR sekurangkurangnya 3A dan 2B boleh juga dipertimbangkan untuk ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Seramai 2313 (30%) murid miskin akan ditawarkan ke SBP dengan status `Projek Khas` yang akan diberikan bantuan oleh KPM. Dari jumlah tersebut seramai 925 orang adalah murid dari keluarga miskin tegar yang memperolehi pencapaian UPSR 2012 sekurang-kurangnya 3A 2B.

Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 16 Disember 2012.

Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my. Murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 November 2012

2,313 murid miskin ditawar ke sekolah berasrama penuh – Bernama


2,313 murid miskin ditawar ke sekolah berasrama penuh

23 November 2012

KUALA LUMPUR – Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di Tingkatan Satu SBP.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Ia berkata kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu SBP, dengan seramai 62,338 pemohon terdiri dari murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukan ialah untuk seramai 7,710 murid, 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

“Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru itu Kementerian Pelajaran akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,397 atau 70 peratus tempat kepada para pelajar yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Satu SBP akan diumumkan selewatnya 16 Disember depan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman web http://www.moe.gov.my dan murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). – Bernama

Mekanisme nilai pelajar – Metro


Mekanisme nilai pelajar

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mempunyai mekanisme untuk menilai pelajar bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh walaupun peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mulai 2014.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain daripada pencapaian pelajar itu menerusi penilaian sekolah, latar belakang mereka juga diambil kira dalam pemilihan kemasukan ke sekolah berasrama penuh. “Kita akan memberi keutamaan jika latar belakang pelajar itu dari keluarga miskin, tetapi dia cemerlang dan langkah ini kita sudah mulakan tahun lalu,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan perjalanan peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PMR mulai 2014 dan peperiksaan utama selepas ini hanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada peringkat rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada peringkat menengah. “Walaupun begitu, kita putuskan untuk meneruskan penilaian menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) di mana pelajar masih boleh diukur tahap pencapaian pelajaran menerusi peperiksaan dibuat oleh sekolah dengan dipantau Lembaga Peperiksaan supaya soalan disediakan setara dan berkualiti bagi mengukur sejauh mana kejayaan pelajar.
“Ia juga penting supaya ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak mereka dan membantu kita mengenalpasti kekurangan dan mengambil langkah memperbaikinya,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai usaha kerajaan menjadikan sekolah satu sesi saja, beliau berkata, tinggal kira-kira 20 peratus saja lagi sekolah yang mempunyai dua sesi.

 

 

“Kalau boleh semua sekolah kita jadikan satu sesi dan caranya ialah menambah bilangan bilik darjah kerana bilangan guru bukan satu masalah disebabkan kita mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi.
“Masalah bilik darjah timbul kerana di sesetengah sekolah, kita tidak dapat meramalkan kemasukan pelajar sehingga jumlahnya meningkat dengan besar sekali menyebabkan dua sesi terpaksa dilakukan,” katanya.

 

Menurutnya, sekolah satu sesi penting kerana tempoh pembelajaran boleh dilanjutkan satu hingga dua jam untuk mata pelajaran kritikal seperti bahasa Inggeris, matematik dan sains.
“Langkah itu yang dilaksanakan di sekolah swasta dan kebaikan lain sekolah satu sesi membabitkan aktiviti kokurikulum untuk pelajar,” katanya.
Beliau berkata, jika mendapat peruntukan mencukupi untuk menambahbaik kemudahan di sekolah, mungkin tempoh sekolah satu sesi mengambil masa antara lima hingga 10 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11