Jiran paksa teguk arak sebelum noda – Metro


Jiran paksa teguk arak sebelum noda
KANGAR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu.

Sebelum kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini, dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu, sebelum gadis terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, dirogol.
Selepas dipaksa, mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan suspek kerana diugut untuk dicederakan, sebelum dirogol remaja lelaki itu ketika berada dalam keadaan khayal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi, mengesahkan kes itu, termasuk laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/21

HEBAHAN SAMBUTAN SATU DEKAD KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI,NEGERI MELAKA


HEBAHAN SAMBUTAN SATU DEKAD KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI,NEGERI MELAKA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

HEBAHAN SAMBUTAN SATU DEKAD KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI,NEGERI MELAKA

-Pertandingan Kuiz Falak Online individu (Terbuka/Awam)
-Pertandingan Kuiz Falak Online Sekolah Menegah Peringkat Kebangsaan
-Pertandingan Merekabentuk Laman Web Falak/Astronomi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

Maklumat berkenaan boleh didapati di dalam sesawang jabatan ini http://www.al-azim.com/pertandingan

RM87.1 juta bina, naik taraf surau sekolah – Utusan


RM87.1 juta bina, naik taraf surau sekolah

KUALA PILAH 30 Mac – Sebanyak RM87.1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan, ubah suai serta menaik taraf surau di semua sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan di bawah Projek Insentif Luar Bandar yang terkandung dalam Bajet 2012 itu dijangka dapat menjayakan keseluruhan 849 projek dengan 260 melibatkan pembinaan surau sekolah baru menelan kos RM48.7 juta.

”Peruntukan ini juga akan melibatkan proses mengganti surau sebanyak 24 buah yang melibatkan perbelanjaan RM4.9 juta sementara 565 projek menaik taraf surau akan dilaksanakan dengan kos RM33.4 juta.

”Projek ini juga akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Rantau, Rembau dengan kos perbelanjaan melibatkan RM200,000,” katanya di sini hari ini.

Kajian Mengenai Guru Opsyen Pertama Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah/Sekolah Rendah – NUTP


Kajian Mengenai Guru Opsyen Pertama Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah/Sekolah Rendah

Tarikh Berita/News Date:
20/03/2012

15 dibelasah – Metro


15 dibelasah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Seramai 15 pelajar sebuah sekolah di sini, dibelasah beramai-ramai lebih 30 pelajar lain menggunakan batang penyapu dan topi keledar hingga cedera selepas mangsa didakwa mengejek pelajar senior.

Dalam kejadian jam 10 pagi Rabu lalu, sekumpulan murid tingkatan empat dan lima sebuah sekolah menengah di sini, dilaporkan bertindak ganas menyerang sekumpulan murid tingkatan tiga.
Pergaduhan antara ‘geng senior’ dan ‘geng junior’ itu berlaku apabila seorang daripada pelajar tingkatan lima sekolah sama tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pelajar tingkatan tiga a mencaci sebelum pergaduhan tercetus.

 

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Leong, 15, berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah apabila mereka dikepung kumpulan pelajar tingkatan empat dan lima itu.
Menurutnya, mereka dipukul beramai-ramai menggunakan batang penyapu selain ditumbuk dan ditendang berulang kali.
“Kami cuba melawan, namun bilangan mereka terlalu ramai. Mereka turut mendapat bantuan rakan di luar sekolah untuk memukul kami,” katanya.

Diludah tak tegur senior – Metro


Diludah tak tegur senior

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menegur pelajar senior, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Cheras diterajang tujuh pelajar perempuan lain dari sekolah sama dalam kejadian berdekatan sekolah berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah pada jam 2.15 petang di sebuah lorong berdekatan sekolah berkenaan di Desa Petaling, di sini. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan kumpulan pelajar senior yang tidak puas hati dengan mangsa yang tidak bertegur sapa dengan mereka.
Katanya, mangsa dikatakan hanya berkawan dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan hingga menyebabkan kumpulan pelajar senior terbabit tidak puas hati dengan kelakuannya itu.

 

“Pada mulanya, mereka dipercayai hanya bertengkar sebelum mangsa yang berseorangan diajak bergaduh di kawasan lain tetapi mangsa enggan kerana takut.
“Akibat naik angin, mangsa ditampar seorang daripada pelajar itu sebelum seorang lagi meludah muka mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian diterajang di perut selain ditampar beberapa kali di muka.

 

 

Katanya, selepas puas membelasah mangsa, kumpulan pelajar itu bersurai dan mangsa yang dalam kesakitan berjalan pulang ke rumahnya sebelum mengadu kepada ibunya.
Khairi berkata, ibu mangsa yang mendapati anaknya cedera kemudian membawa anaknya itu ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut sebelum ke klinik untuk rawatan.

 

37 pelajar balik asrama, 32 masih dikuarantin – Metro


37 pelajar balik asrama, 32 masih dikuarantin

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seramai 37 daripada 69 pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (SMSMS) dijangkiti penyakit menyamai Influenza (ILI) pulih dan dibenarkan pulang ke asrama masing-masing sehingga semalam.

Pemangku Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Dul Hadi Mat Junid berkata, bagaimanapun, 32 pelajar masih dikuarantin di bangunan berasingan sekolah berkenaan.
Katanya, penularan wabak berkenaan masih terkawal dengan hanya dua kes baru membabitkan ILI direkodkan di sekolah itu semalam.

 

“Keadaan bertambah baik apabila sehingga jam 12 tengah hari tadi (semalam), empat pelajar dibenarkan pulang ke asrama masing-masing, menjadikan hanya 32 pelajar kini masih menjalani proses kuarantin.
“Sejak ILI dikesan pada 19 Februari lalu, jumlah keseluruhan pelajar dikuarantin mencecah 69 orang dan mereka yang pulih 37 orang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dr Dul Hadi berkata, ibu bapa pelajar dinasihatkan tidak khuatir kerana pemeriksaan kesihatan rapi kakitangan Pejabat Kesihatan Melaka Tengah setiap hari di sekolah berkenaan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan sekolah di negeri ini dalam tempoh terdekat bagi membincangkan langkah membendung penularan penyakit berjangkit di kalangan pelajar.

 

 

“Kerajaan negeri bercadang menganjurkan kempen kebersihan di setiap sekolah di sini khususnya berhubung amalan kebersihan perlu dititikberatkan warga sekolah,” katanya.
“Kami menggalakkan gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah bagi mengelak penularan penyakit berjangkit,” katanya.

Guru mengadu dipaksa derma RM50 setahun – Utusan


Guru mengadu dipaksa derma RM50 setahun

24/02/2012 8:39pm

 

 

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN

 

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mendakwa sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor telah memaksa guru-guru Gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan mendakwa, sehubungan itu wakil guru terbabit telah membuat laporan kepada NUTP baru-baru ini.

“Berdasarkan aduan, pentadbir sekolah dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 50 guru berkenaan untuk membuat sumbangan berikutan kenaikan gred mereka ke gred tersebut.

“Tujuan kutipan wang tersebut tidak diberikan penjelasan yang lengkap dan kaedah pengumpulan itu hanya tertera kepada guru yang memegang jawatan itu.

“Persoalannya, adakah arahan yang dikeluarkan pentadbir sekolah berkenaan mengikut prosedur kementerian atau ia sekadar arahan persendirian? Ini perlu dijawab pihak sekolah,” katanya pada sidang akhbar di Wisma NUTP, di sini hari ini.

Sementara itu, Hashim menambah, NUTP turut menerima aduan mengenai tindakan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Kulai Jaya yang membuat peraturan sendiri dengan memaksa guru datang sebelum pukul 7 pagi. – UTUSAN