Sekolah tak cuai – Metro


Sekolah tak cuai

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Lima murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira di Baling yang mendakwa dihalang guru daripada menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan lalu, tidak perlu mengambil peperiksaan itu kerana siasatan Kementerian Pelajaran mendapati ia bukan berpunca daripada kecuaian pihak sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, hasil siasatan mendapati tidak wujud halangan daripada guru atau sekolah seperti didakwa waris dan pelajar.

Katanya, siasatan itu dilakukan sekumpulan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah yang dihantar ke sekolah berkenaan untuk menemui murid terbabit, guru besar, guru, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan waris sejurus kes itu terbongkar.

“Laporan siasatan mendapati guru besar dan guru sekolah itu sering mengingatkan murid berkenaan hadir ke sekolah untuk menduduki UPSR pada tarikh peperiksaan. Selain itu, saya difahamkan, guru sekolah itu juga hadir ke rumah murid berkenaan menasihati mereka mengambil peperiksaan berkenaan.

 
“Malah, apabila siasatan dilakukan, murid berkenaan juga mengaku tidak wujud unsur halangan daripada sekolah untuk tidak membenarkan mereka menduduki UPSR pada tarikh peperiksaan berlangsung,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.