11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Utusan


11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. – UTUSAN

Penstrukturan semula SBPA diharap tidak jejaskan swasta – Bernama


Penstrukturan semula SBPA diharap tidak jejaskan swasta

29/12/2011 6:04pm

 

KUALA LUMPUR 29 Dis. — Penstrukturan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diharap tidak akan menjejaskan pertumbuhan sektor swasta yang memacu ekonomi negara, kata Institute for Democracy Economic Affairs (Ideas) hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ideas berkata penstrukturan semula SBPA akan memberi kesan kepada keseluruhan aspek ekonomi seperti pergerakan buruh dan modal, pendidikan, kadar inflasi, kitaran perniagaan, serta kadar gaji dan upah di sektor swasta.

“Apa-apa semakan terhadap SBPA mestilah memberi lebih banyak ruang kepada sektor swasta menjana pertumbuhan ekonomi. Ini kerana kekayaan negara dijana oleh sektor swasta manakala sektor awam sekadar membelanjakan kekayaan tersebut.

“Dalam usaha membangunkan ekonomi, kita mesti pastikan mereka yang berbelanja tidak melebihi mereka yang mencipta kekayaan dan skim baru seperti SBPA perlu mengambil kira hal ini,” kata Eksekutif Kanan Ideas, Medecci Lineil.

Sehubungan itu, beliau berkata SBPA mestilah bermatlamat untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar sesuai dengan suasana ekonomi yang semakin liberal dan kompleks dan apa juga perubahan haruslah melambangkan semangat liberalisasi ekonomi yang ada dalam Model Ekonomi Baru (NEM). — BERNAMA