APLIKASI PANGKALAN DATA MURID 2013 DITANGGUHKAN KE TARIKH BAHARU


 

Makluman Kepada Semua

Semua murid telah naik tahun / tingkatan secara automatik oleh sistem APDM. Guru kelas hanya perlu kemaskini kelas murid (sekiranya berubah).

Administrator APDM sekolah perlu terlebih dahulu melantik semula semua guru kelas (JANGAN PADAM KELAS!!) dan pembantu tadbir (PT) untuk sesi persekolahan 2013 berserta MBMMBI dan sesi pagi / petang kelas tersebut.

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

Muat turun pekeliling ‘Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid’

Maklumat lanjut lawat http://sekolahmalaysia.com/

Pelajar menengah sanggup ponteng kerana rokok – Metro


Pelajar menengah sanggup ponteng kerana rokok

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Februari 2012
Pelajar menengah sanggup ponteng kerana rokok

KOTA BHARU- Hanya kerana ingin mendapatkan bekalan rokok, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng sekolah bagi melunaskan hajatnya itu di samping mengambil upah menggali telaga untuk tujuan terbabit.

Pelajar berkenaan ketagih rokok dan kini menghisap lima batang rokok hampir setiap hari untuk melepaskan ketagihannya.

Dia yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, dia mula kenal dengan rokok selepas diperkenalkan rakan-rakannya yang juga hanya mencuba untuk suka-suka.

“Saya berasal dari keluarga yang susah dan dibesarkan dalam keluarga yang ramai. Pergi sekolah pun hanya cukup makan, namun kerana ketagihan kepada rokok saya sanggup bekerja bagi mendapatkan bekalannya,” katanya ketika ditemui dalam operasi ponteng bersepadu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun sedar dengan kemiskinan keluarganya, namun dia terpaksa bekerja bagi mendapatkan bekalan rokok terbabit.

“Saya juga ponteng sekolah kerana mengikut rakan dan hanya ingin berseronok dan melupakan kesusahan.

“Apa pun saya masih berharap dapat berubah dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan dan membantu keluarga kerana saya tidak mahu lagi hidup dibelenggu kemiskinan,” katanya.