Remaja dakwa kesan luka sebagai tatu – Metro


Remaja dakwa kesan luka sebagai tatu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang membunuh bapa kandungnya awal pagi kelmarin, didakwa cuba menipu anggota polis dengan mendakwa kesan luka pada tangannya adalah tanda tatu yang baru diukir.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati kesan luka itu berpunca daripada pergelutan suspek dengan mangsa menggunakan dua pisau di rumah mereka di di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa seorang hartawan, Jaswant Singh Udan Singh, 40, maut apabila ditikam lebih 10 kali di perut dan di dadanya oleh anaknya yang kemudian mendakwa mangsa dibunuh penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka.

 

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan (gambar) yang ditemui semalam berkata, polis masih menyiasat dakwaan suspek yang mendakwa dia dan ibunya kerap dipukul oleh mangsa sebelum ini.
Menurutnya, motif sebenar pembunuhan itu masih disiasat dan terlalu awal untuk mengaitkan ia dengan isu penderaan.
“Polis akan meneliti kes ini dari pelbagai sudut dan memanggil beberapa individu termasuk isteri mangsa untuk diambil keterangan,” katanya.

Abang gadai nyawa selamat adik tidur – Metro


Abang gadai nyawa selamat adik tidur

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KLUANG: “Ketika itu api semakin marak dan suhu di dalam bilik pula umpama ketuhar. Pada masa sama, asap memenuhi bilik dan berpandukan suara adik yang menangis, saya terus merangkak sebelum mencapai dan membawanya keluar dari rumah yang sedang terbakar itu,” kata Mohd Shukri Azman, 17, ketika ditemui selepas kediamannya hangus dijilat api di Taman Sri Lambak di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, Shukri berada di luar rumah bersama adiknya, Aina Salamah, 5, sebelum mendapati bumbung rumah teres satu tingkat itu terbakar.
Pada masa sama, adik bongsu Shukri, Adam Firman Shah, 3, sedang tidur dalam sebuah bilik menyebabkan remaja berkenaan bergegas masuk untuk menyelamatkan adiknya.

 

“Ketika api marak, saya membawa Aina ke tempat selamat. Tanpa berfikir panjang, saya bergegas ke bilik Firman untuk menyelamatkannya.
“Saya gagal melihat dengan jelas kerana bilik dipenuhi asap manakala suhu semakin panas, syukur kerana akhirnya saya berjaya menyelamatkan Firman,” katanya.
Akibat kejadian itu, kulit Firman bertukar kemerah-merahan dan dibawa ke Hospital Kluang oleh jiran untuk rawatan dan pemeriksaan doktor mendapati keadaannya tidak membimbangkan. Bapa mereka, Azman Aziz, 50, berkata, walaupun rumahnya hampir hangus, dia tetap bersyukur kerana ketiga-tiga anaknya selamat.

 

 

“Ketika kejadian, saya dan isteri, Siti Noraina Md Jani, 28, menguruskan perniagaan makanan di kedai terletak kira-kira satu kilometer dari rumah,” katanya.