sijil pelajaran malaysia
Cara lama bantu pelajar mudah lulus BI – Sinar Harian
Dua lagi pelajar sekolah ditahan – Sinar Harian
LUNAS – Dua pelajar lelaki tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sebaik keluar dari kawasan sekolah kira-kira jam 2 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mendapat maklumat ada dalam kalangan pelajar sekolah terutama lelaki menunggang motosikal curi ke sekolah.
Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal curi berkenaan akan diletakkan kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah sebelum berjalan kaki ke sekolah bagi mengelakkan kenderaan itu dikesan.
“Kita telah membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah dan sekolah yang terlibat dalam masalah motosikal curi.
“Pihak Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPPJ) Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, kemudiannya diarah menunggu suspek di luar sekolah dengan berpakaian preman. Sebaik sahaja suspek keluar dari sekolah, kami menahan mereka dan membawa mereka ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan,” katanya.
Ghuzlan berkata, beberapa pelajar lain turut terlibat dan pihaknya sekali lagi ke rumah suspek kedua sebelum bertindak menahannya.
“Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut. Sehingga kini lebih 20 pelajar sekolah telah ditahan dan ada dalam kalangan mereka yang sudah di hadapkan ke mahkamah,” katanya.
Katanya, polis akan terus memburu remaja dan kumpulan yang masih bergerak aktif melakukan kegiatan curi motosikal itu.
Pelan lahir pelajar bertaraf global – Metro
Pelan lahir pelajar bertaraf global
Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakar satu lagi episod dan sejarah baru dunia pendidikan negara.
Pelan ini bakal mencorak hala tuju dan masa depan modal insan dalam melahirkan pelajar bertaraf global. Syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana tatkala ada usaha pihak tertentu untuk mempertikaikan dan mempersoalkan pelan ini, malah cuba menghalang pelancaran dan pelaksanaannya, ia tetap dilancarkan mengambil kira keperluan untuk mentransformasikan pendidikan negara secara serius dan holistik.
Selain menjadi dokumen rasmi yang cukup penting dan signifikan dalam memacu pembangunan masa depan negara, pelan ini juga diyakini mampu melahirkan pelajar memiliki pengetahuan dan kemahiran bertaraf global, bersahsiah tinggi dan cemerlang serta berkeperibadian tinggi. Ternyata pelan ini dirangka dengan penuh teliti dengan mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak serta mencakupi segenap lapisan masyarakat.
Ketika melancarkannya, Muhyiddin berkata, pelan ini lahir selepas proses pencernaan oleh pelbagai pihak sejak dua tahun lalu dan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.
Antara inti pati PPPM yang dilihat cukup menarik dan bakal memberikan impak besar dalam melahirkan sumber guna tenaga negara pada masa hadapan ialah, memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Impian ini bakal menjadi kenyataan apabila sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
Berfikir secara kritis Melalui inisiatif ini, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza. Penulis percaya, ia mampu melahirkan pelajar lebih kreatif dan berfikiran terbuka tanpa dikongkong dengan kandungan buku teks yang selama ini lebih memberi tumpuan kepada budaya menghafal dalam kalangan pelajar.
Pada masa sama, langkah menggalakkan pelajar mengikuti mata pelajaran bahasa tambahan seperti Arab, Perancis mahupun Kadazan Dusun pula bakal menambah dan memperkayakan nilai tambah serta kualiti pelajar, terutama dalam usaha untuk memenuhi tuntutan kerjaya pada masa hadapan.
Di samping itu, kerajaan sekali lagi menzahirkan komitmen untuk memartabatkan bahasa kebangsaan iaitu PPPM bakal memartabatkan bahasa Melayu demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat selain memberi perhatian utama kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Ia dilihat sebagai kesinambungan kepada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan sebelum ini. Keputusan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM menjelang tahun 2016 satu lagi lembaran baru dalam melahirkan generasi bersifat global.
Kita perlu terima hakikat betapa majoriti pelajar kita masih lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar menembusi pasaran pekerjaan, justeru langkah mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris sewajarnya tidak dijadikan isu menggugat bahasa kebangsaan sebaliknya perlu dilihat dalam konteks lebih positif.
Miliki sahsiah terpuji PPPM ini juga beriltizam melahirkan murid memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai identiti nasional. Untuk itu, kerajaan bakal memantapkan kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan juga Pendidikan Moral. Melalui inisiatif ini, kita bakal melahirkan pemimpin masa depan yang cemerlang akademik dan sahsiah secara seimbang dan bersepadu.
Dalam usaha untuk merealisasikan impian dan hasrat melahirkan pelajar hebat, cemerlang dan bertaraf global sudah semestinya kita memerlukan komitmen dan iltizam semua pihak terbabit agar PPPM dapat dijayakan sepenuhnya mengikut gelombang yang disasarkan.
Peranan guru, ibu bapa dan pihak swasta turut bakal dipertingkatkan. Menyedari hakikat betapa peranan guru besar dan pengetua cukup signifikan dalam mencetuskan kejayaan sekolah, maka pengukuran kualiti dan kemampuan guru besar dan pengetua akan melalui satu proses perubahan mendadak.
Kaedah dan kriteria pelantikan pengetua dan guru besar misalnya tidak lagi berdasarkan jangka masa perkhidmatan, sebaliknya dibuat berdasarkan merit dan keupayaan.
Ini bermaksud tidak semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang jawatan lebih penting seperti sekarang. Keputusan ini wajar dilihat sebagai usaha ke arah mencetuskan budaya persaingan sihat dalam kalangan guru berkebolehan untuk dilantik sebagai ketua dan pemimpin.
Lebih menarik lagi profesion perguruan menjadi lebih berprestij, eksklusif dan elit apabila pengambilan guru hanya dibuat dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik negara sebagai usaha mentransformasikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan utama.
Pihak swasta digalakkan memberi sumbangan bermakna untuk berganding bahu meningkatkan kualiti pendidikan negara ke satu tahap yang membanggakan kelak.
Ringkasnya dokumen lengkap yakni pelan induk PPPM setebal 300 muka surat ini bakal mentransformasikan kualiti pendidikan anak kita secara menyeluruh. Maka, pelan ini tidak boleh dilihat sebagai pelan induk pihak kementerian semata-mata, sebaliknya isi kandungannya perlu difahami oleh semua pihak berkepentingan agar dapat menjayakannya secara bersama.
Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/12
Dua pelajar rakan sekelas maut kemalangan di Langkawi – Bernama
Dua pelajar rakan sekelas maut kemalangan di Langkawi
LANGKAWI 12 Sept. – Dua pelajar yang merupakan rakan sekelas maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di simpang Kelibang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.55 itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri Langkawi itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Langkawi, Supritendan Harith Kam Abdullah berkata, akibat pertembungan itu, kedua-dua pelajar itu Muhammad Fauzan Mohd Fuad, 17, dan Muhammad Farris Azizi Mohd Hasrin, 17, tercampak ke atas jalan.
Katanya pemandu kereta terbabit seorang wanita berumur 30-an tidak cedera.
Kedua-dua pelajar itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130912/je_20/Dua-pelajar-rakan-sekelas-maut-kemalangan-di-Langkawi#ixzz2eflRGPZO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wajibkan subjek bahasa Inggeris menjelang 2020 – Sinar Harian
SHAH ALAM – [Dikemaskini]Pelaksanaan mewajibkan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewajarnya dilakukan dalam tempoh enam tahun akan datang menjelang 2020.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pelaksanaannya menjelang 2016 tidak wajar diteruskan memandangkan guru belum bersedia ke arah itu.
“NUTP merasakan 2016 itu terlalu hampir, kita hanya ada dua tahun lebih saja untuk memenuhi syarat mesti wajib lulus itu dan ia bukan masanya.
“Kerajaan mesti pastikan segala keperluan dan prasarana ke arah itu dilengkapkan sepenuhnya, kemudian baru boleh wajib lulus subjek itu seawal-awalnya pada 2020,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mempersoalkan pelaksanaan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM menjelang 2016.
Tambah Hashim, pada masa ini kerajaan masih menghantar guru bahasa Inggeris mengikuti kursus intensif sebagai persediaan awal namun ia tidak membantu dalam tempoh yang singkat.
Katanya, walaupun kerajaan menyediakan insentif menarik kepada guru yang mengajar subjek terbabit, namun jumlahnya masih tidak mencukupi.
“Jumlah guru bahasa Inggeris yang akan dihantar mengikuti kursus intensif pada Oktober depan itu pun masih tidak mencukupi, menunjukkan guru masih tidak bersedia lagi.
“Kita lihat persiapan ke arah itu belum lengkap 100 peratus, bahan bacaan pun tidak mencukupi, kalau hendak wajibkan subjek itu, kita kena pastikan bahan bacaan itu dibekalkan kepada pelajar seawal tingkatan 3 lagi,” katanya.
Dalam pada itu, katanya kerajaan tidak wajar melaksanakannya secara terburu-buru memandangkan ia akan membebankan bukan sahaja guru bahkan pelajar dan ibu bapa juga akan dibebani dengan kos tambahan seperti tuisyen dan bahan bacaan tambahan dalam bahasa Inggeris.
“Kemudahan tuisyen hanya terdapat di bandar besar, tidak di luar bandar.
“Tidak semua ibu bapa mampu menanggung kos tuisyen, lebih-lebih lagi selepas harga petrol dinaikkan,” katanya lagi.
Kolej Komuniti bantu lepasan PMR, SPM – Bernama
Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM mulai 2016 – PPPM – Berita Harian
Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM mulai 2016 – PPPM
Pencapaian SPM banduan membanggakan – Sinar Harian
Pencapaian SPM banduan membanggakan
8 Julai 2013

Pelajar Sekolah Integriti yang membuat persembahan dalam pertandingan sketsa, semalam.
SUNGAI PETANI – Sekolah Integriti (SI) dan Henry Gurney yang disediakan Jabatan Penjara Malaysia turut mampu melahirkan pelajar cemerlang yang berpotensi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara, Komisioner Penjara Jamaludin Saad berkata, seramai 16 pelajar dari sekolah integriti sudah pun melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Menurutnya, antara institusi pengajian yang diduduki mereka termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
“Pencapaian terbaik yang kita pernah kecapi ialah pada tahun lepas di mana terdapat pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kesemua lapan mata pelajaran yang diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Ko-Akademik kali ke-4, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Sungai Petani, semalam.
Hadir sama Pengarah Penjara Sungai Petani, Penolong Kanan Komisioner Mohd Muslih Mahmud.
Menurutnya, selain memperoleh 8A, ada juga pelajar yang mendapat keputusan 7A, 6A, 5A dan seterusnya.
Katanya, pada tahun ini, seramai 160 pelajar bakal menduduki SPM manakala 16 pelajar bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Katanya, seramai 102 guru Kementerian Pelajaran dan pegawai bertugas diamanahkan untuk mengajar kesemua 1,870 pelajar yang ditempatkan di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney seluruh negara.
“Kita mengharapkan sokongan ibu bapa bersama dengan semua pihak untuk memberi galakan dan membawa kecemerlangan dalam akademik,” katanya.
Menurutnya, Pertandingan Ko-Akademik yang dianjurkan buat tahun ke- 4 itu membantu kecemerlangan akademik pelajar di samping mengasah bakat dan kemahiran pada setiap individu.
Sementara itu, Pertandingan Ko-Akademik itu disertai SI Marang, SI Sungai Petani, SI Kajang, SI Kluang, SI Muar dan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.
Antara acara yang dipertandingkan termasuk sketsa muzikal, nyanyian, pidato bahasa Inggeris, pidato bahasa Melayu, pertandingan melukis dan pertandingan suai padan gambar.
Dalam pertandingan berkenaan, SI Kajang, Penjara Kajang yang mewakili Zon Tengah diumumkan juara keseluruhan bagi tahun 2013.
Buli: Ibu mangsa ambil tindakan undang-undang – Sinar Harian
Buli: Ibu mangsa ambil tindakan undang-undang
28 Jun 2013

Rosnani dan suaminya, membuat laporan polis berhubung kejadian ini.
PASIR MAS – Ibu bapa mangsa buli di sekolah, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap lapan pelajar yang menyerang anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan parah.
Ibu mangsa, Rosnani Abd Ghani, 39, berkata, ini akan memberi pengajaran kepada mereka di atas kes salah laku yang dilakukan.
Menurutnya, kesalahan dilakukan pelajar berkenaan terlalu serius dan berlagak umpama kumpulan samseng.
“Saya tak dapat bayangkan, bagaimana anak saya, Khairul Radhuan Pakri, 17, dikepung lapan lelaki dan diserang bertubi-tubi.
“Ekoran kejadian itu, emosi anak saya terganggu dan saya risau ia memberi kesan jangka masa panjang,” katanya.
Dalam pada itu, Rosnani turut meluahkan kerisauannya terhadap pembelajaran anaknya menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), November ini.
Menurutnya, Khairul terpaksa berehat selama dua minggu sebelum pembedahan dilakukan Julai ini.
Tambahnya lagi, anaknya perlu berehat sekurang-kurangnya enam minggu untuk proses penyembuhan.