Aksi 26 pelakon cilik – Metro


Aksi 26 pelakon cilik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seramai 26 pelakon cilik beraksi di pentas teater ‘Bites of Delights Twirly Whirly Tales From The Spice Trail’ yang menggabungkan unsur muzik gamelan bermula 15 hingga 23 November ini.

Penaung Bites of Delights, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, pencarian pelakon dilakukan melalui uji bakat terdiri dari kanak-kanak berusia lapan hingga 18 tahun sejak awal tahun lagi.
“Pementasan teater yang memaparkan kisah hikayat popular di Asia adalah tempat terbaik bakat muda mengasah kemahiran berlakon, nyanyian dan bermain alatan muzik terutama gamelan yang pertama kali digunakan dalam lakonan pentas.

 

“Kami bercadang untuk mengadakan siri jelajah persembahan teater seluruh negara untuk memperkenalkan muzik gamelan ke peringkat global,” katanya ditemui selepas menonton pementasan itu, kelmarin.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012


PEMAKLUMAN PEMBAYARAN HADIAH BIASISWA SUKAN PENERIMA TERTANGGUNG TAHUN 2012

 

Bahagian ini telah membuat bayaran Biasiswa Sukan secara elektronik melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Penerima Tertanggung bagi tahun 2012. Berikut adalah maklumat terperinci :-
• Nama Bank : Jabatan Khidmat Bayaran, Bank Simpanan Nasional (BSN HQ)
• Nama Organisasi : Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan, KPM
• Tarikh Bayaran : 12.07.2012
• No.Siri : A10000022575

Pelajar kaki lalok kena cekup – Sinar Harian


Pelajar kaki lalok kena cekup

NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
31 Mei 2012
Pelajar kaki lalok kena cekup
Toon Khuan

KUANTAN – Seorang pelajar berusia 14 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini antara 30 individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Tapis Bersepadu siri 5/2012 di kawasan Panching Timur dan Felda Lepar Hilir dekat sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Yap Tooon Khuan berkata, selain pelajar terbabit, 29 individu lain berusia antara 14 hingga 41 tahun yang ditahan itu terdiri daripada 27 buruh, seorang juru ukur dan seorang juruteknik landskap.

Menurutnya daripada 34 kes yang dicatatkan membabitkan 30 tangkapan itu, 26 kes (24 tangkapan) melibatkan kesalahan mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala empat kes (4 tangkapan) mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD).

“Manakala terdapat dua kes dengan satu tangkapan di bawah Seksyen 12(2) ADB, satu kes (1 tangkapan) di bawah Seksyen 39A(2) ADB dan satu kes mengikut Seksyan 39A(1) ADB bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan bagi kes tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Toon Khuan berkata, sepanjang Ops Tapis Bersepadu Siri 5 yang dijalankan bermula 25 hingga 29 Mei lalu, pihaknya berjaya menahan 263 individu daripada 298 kes membabitkan pelbagai kesalahan dadah di seluruh negeri.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 145 kes dengan 117 tangkapan dilakukan atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB, 111 kes dengan 110 tangkapan bagi kes di bawah Seksyen 3(1) AAPD (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan 20 kes (18 tangkapan) mengikut Seksyen12 (2) ADB.

“Kita juga berjaya menahan lima suspek disyaki pengedar dadah daripada lima kes di bawah Seksyen 39B ADB yang dicatatkan dan lima kes dengan empat tangkapan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39A(2) ADB.

“Pada masa sama, empat kes dengan empat tangkapan dibuat bagi kes di bawah Seksyen 39A(1) ADB, empat kes dengan satu tangkapan di bawah Seksyen 6 ADB dan dua kes (2 tangkapan) mengikut Seksyen 3 (1) ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1983,” katanya.

Toon Khuan berkata, sepanjang ops itu, seramai 649 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, 256 didapati positif pelbagai jenis dadah manakala 393 negatif.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan operasi bagi membendung kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini.

“Kita juga akan menjalankan operasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berlaku kegiatan ini dari masa ke semasa.

“Dalam kes di kawasan Panching Timur dan Felda Lepar Hilir dekat sini misalnya, kita menerima banyak aduan berhubung kes-kes pecah rumah yang disyaki perbuatan penagih dadah lalu satu operasi digerakkan dan 30 penagih berjaya ditahan di kawasan itu, kelmarin,” katanya.

Kes serangan terhadap Wee Ka Siong disiasat – Utusan


Kes serangan terhadap Wee Ka Siong disiasat

KUALA LUMPUR 29 Mac – Polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mendakwa ditumbuk seorang lelaki dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, setakat ini, polis menerima empat laporan berhubung kejadian tersebut iaitu tiga dibuat oleh Pemuda MCA di Pahang dan satu oleh seorang pemuda yang menafikan dia menumbuk Timbalan Menteri itu di Kajang dekat sini.

“Walaupun ada empat laporan polis diterima tetapi kita hanya membuka satu kertas siasatan kerana ia melibatkan kes yang sama.

“Kita akan jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada benar wujud unsur serangan atau hanya tohmahan,” katanya di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Ka Siong hadir pada siri bantahan berkaitan isu kekurangan guru di sekolah Cina yang disertai ratusan aktivis masyarakat, penyokong dan pimpinan pembangkang di Kolej New Era Kajang.

Superman nahas – Metro


Superman nahas

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
USUNG...jenazah Ramli  dibawa  ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
USUNG…jenazah Ramli dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.

MARANG: Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.

“Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.

“Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa,” kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.

 
Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan.