Tahfiz ‘jualan amal’ ditutup – Metro


Tahfiz ‘jualan amal’ ditutup

 269  27 Google +0  0  0

Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: “Mereka tidak menggunakan sistem pendidikan nasional dan banyak melakukan kegiatan yang tidak bertepatan dengan aspirasi pendidikan Malaysia.”

Itu kata Nazir Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah (JAIK) Ismail Zakaria selepas membuat lawatan mengejut ke sebuah pusat tahfiz di sini yang sering dipersoalkan orang ramai kerana disyaki memperalatkan pelajarnya untuk menjalankan ‘jualan amal’.

Berikutan itu, kata Ismail, pihaknya akan menutup operasi pusat tahfiz terletak di Jalan Yan-Kuala Kedah itu kerana didapati menggunakan pelajar bagi menjual pelbagai barangan kononnya ia aktiviti kokurikulum.

Difahamkan, pusat berkenaan yang beroperasi sejak enam tahun lalu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa walaupun sudah diberi notis penutupan sebanyak dua kali kerana tidak menepati syarat ditetapkan.

FotoSUASANA pembelajaran di pusat tahfiz terbabit.

Berikutan itu, seramai enam pegawai JAIK termasuk Ismail membuat lawatan mengejut ke pusat tahfiz itu jam 9 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/28

Ungku Aziz: Belajar sastera dalam semua bahasa – Bernama


Ungku Aziz: Belajar sastera dalam semua bahasa

24 Ogos 2012
Ungku Aziz: Belajar sastera dalam semua bahasa
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid diberi penerangan mengenai lukisan yang dihasilkan oleh pelukis solo, Sivam Selvartnam. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Subjek kesusasteraan dalam sistem pembelajaran di sekolah tidak harus bertumpu kepada sastera Inggeris semata-mata, sebaliknya wajar meliputi semua bahasa dunia.

Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata menerusi langkah itu, rakyat negara ini akan dapat memahami budaya bangsa lain di dunia ini.

“Sebab dalam masa 50 tahun dari sekarang mungkin budaya Inggeris tidak begitu penting dan diganti budaya lain. It’s only temporary and it’s already in decline as budaya (Budaya itu hanya sementara dan sudahpun merosot sebagai budaya),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan pameran lukisan solo artis veteran Sivem Selvaratnam, di Universiti Malaya.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bahawa kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan pembelajaran subjek kesusasteraan Inggeris peringkat sekolah menengah menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional. – Bernama

Sedia guru terlatih dulu – Bernama


Sedia guru terlatih dulu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyediakan tenaga pengajar yang terlatih terlebih dahulu sebelum memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, tenaga pengajar yang terlatih amat penting untuk membimbing pelajar menghayati subjek itu, selain hanya menyediakan bahan sumber atau buku sastera. “Kemampuan guru melaksanakan hasrat ini penting seperti pelaksanaan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris supaya ia tidak dilihat sebagai melampaui kemampuan pelajar mempelajarinya,” katanya mengulas hasrat kerajaan memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah. Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan itu akan dikaji dari segi tarikh pelaksanaannya terlebih dahulu menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional.
“Sastera Inggeris ini bukan sesuatu yang ringan, sedangkan dahulu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pun pelajar kita susah untuk fahami, inikan pula sastera Inggeris,” kata Noor Azimah. PPSMI yang bermula pada 2003 hanya mampu dilaksanakan sehingga 2008 sebelum Kabinet memutuskan untuk tidak meneruskannya lagi pada 2009.

 

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berpendapat, kajian lebih mendalam perlu dilakukan sebelum cadangan itu dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, Hashim berkata, jika kerajaan berjaya mencari suatu kaedah yang difikir mampu mendatangkan minat untuk pelajar mempelajari subjek itu bagi menguasai bahasa Inggeris, tidak ada salahnya ia diteruskan. “Perlu diingatkan bukan mudah untuk kita tarik minat pelajar belajar subjek sastera Melayu dan inikan pula sastera Inggeris kerana rata-rata pelajar beranggapan tiada nilai ekonomi dan kerjaya dalam subjek sastera,” katanya. — Bernama

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012

Tenaga pengajar terlatih penting untuk Kesusasteraan Inggeris – Bernama


Tenaga pengajar terlatih penting untuk Kesusasteraan Inggeris

23 Ogos 2012

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyediakan tenaga pengajar yang terlatih terlebih dahulu sebelum memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata tenaga pengajar yang terlatih amat penting untuk membimbing pelajar menghayati subjek itu, selain hanya menyediakan bahan sumber atau buku-buku sastera.

Kemampuan guru melaksanakan hasrat ini penting seperti mana pelaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris agar ia tidak dilihat sebagai melampaui kemampuan pelajar mempelajarinya, katanya kepada Bernama bagi mengulas hasrat kerajaan memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata cadangan itu akan dikaji dari segi tarikh pelaksanaannya terlebih dahulu menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional.

“Sastera Inggeris ini bukan sesuatu yang ‘ringan’, sedangkan dahulu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pun pelajar kita susah untuk fahami, inikan pula sastera Inggeris,” kata Noor Azimah.

PPSMI yang bermula pada tahun 2003 hanya mampu dilaksanakan sehingga tahun 2008 sebelum kabinet memutuskan untuk tidak meneruskannya lagi pada tahun 2009.

Sementara itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berpendapat kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan sebelum cadangan itu dilaksana dalam sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun, Hashim berkata jika kerajaan berjaya mencari suatu kaedah yang difikir mampu mendatangkan minat untuk pelajar mempelajari subjek itu bagi menguasai bahasa Inggeris maka tidak ada salahnya ia diteruskan.

“Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk kita tarik minat pelajar belajar subjek sastera Melayu dan inikan pula sastera Inggeris kerana rata-rata pelajar beranggapan tiada nilai ekonomi dan kerjaya dalam subjek sastera.

“Tetapi jika kerajaan berjaya mencari alternatif kepada masalah itu tidak mustahil subjek sastera menjadi pilihan utama pelajar termasuklah sastera
Inggeris,” katanya. – Bernama

Pemansuhan kuota kemasukan sekolah antarabangsa tidak ganggu sekolah kebangsaan – Bernama


Pemansuhan kuota kemasukan sekolah antarabangsa tidak ganggu sekolah kebangsaan

17 Mei 2012

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk menghapuskan kuota sebanyak 40 peratus untuk rakyat tempatan memasuki sekolah antarabangsa tidak akan mengganggu kemasukan pelajar ke sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ini kerana kapasiti pelajar di sekolah berkenaan adalah kecil berbanding sekolah kebangsaan.

“Kerajaan telah teliti dan mendapati bahawa sekolah antarabangsa tidak mengganggu atau menggugat sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah dalam negara kerana kapasiti sekolah berkenaan adalah kecil.

“Bagi kerajaan, bila kita putuskan untuk tidak lagi adakan kuota sebegitu bermakna kita boleh benarkan rakyat Malaysia belajar di sekolah antarabangsa yang kita tahu jumlahnya amat kecil sekali dengan sebahagian besar masih ada dalam sistem pendidikan nasional, sama ada di sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan penghapusan kuota itu akan memberi kesan kepada sekolah kebangsaan, Muhyiddin berkata tindakan itu sebenarnya membawa banyak kebaikan terutama dalam menyekat aliran keluar wang negara berikutan ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk bersekolah di sekolah antarabangsa di Singapura dan beberapa negara lain.

Katanya yuran yang tinggi juga tidak akan membenarkan semua ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa.

“Bagi saya keputusan ini tidak akan mengganggu atau menggugat keadaan kita kerana kita kena terima hakikat satu hari nanti Malaysia akan jadi pusat bagi pembelajaran pelajar-pelajar dari seluruh dunia,” katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong sebelum ini dilaporkan berkata penghapusan kuota itu antara langkah yang diambil dalam meliberalisasi sektor pendidikan negara selaras dengan Program Transformasi Ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata Majlis Peguam yang ditubuhkan mengikut Akta Profesion Perundangan kini berdepan tentangan baru, iaitu untuk menghapuskan persepsi bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang dimonopoli oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata jika majlis itu boleh mengatakan persepsi itu adalah salah, mereka harus segera tampil perbetulkan keadaan tetapi berdasarkan kenyataan dan perlakuan terkini, persepsi itu sukar untuk dihapuskan.

“Sebaliknya telah terbukti dalam hal-hal tertentu yang sudah dilihat mereka seolah-olah mengambil pendirian bahawa yang baik tidak pernah dikatakan bagus, yang salah diletakkan pada kerajaan dan polis.

“Maksud saya, kalau anda seorang manusia yang adil, dia mesti mengambil sikap yang rasional, mana yang betul katakan betul, mana yang tidak kata tidak, barulah nampak ada keadilan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan segelintir pemimpin dalam majlis itu yang hanya mencari salah kerajaan dan polis tidak membantu dalam menaik dan memulihkan imej Majlis Peguam sebagai badan yang berintegriti, malah keadaan itu akan menjadikan persepsi suatu kenyataan.

“Itu beban yang perlu diperbetulkan, jika tidak akan selamanya ada rakyat menilai yang Majlis Peguam adalah badan politik,” katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Majlis Peguam telah menjadi sebuah parti politik memandangkan perhatiannya lebih kepada politik dan menyarankan supaya pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelak kekeliruan. – Bernama

Usah berpuas hati dengan penemuan baru dalam sistem pendidikan – Bernama


Usah berpuas hati dengan penemuan baru dalam sistem pendidikan

2012/04/23

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian dalam sistem pendidikan negara, walaupun kajian terbaru menunjukkan semakin ramai percaya bahawa sistem pendidikan sekarang adalah setanding dengan yang terdapat di negara lain.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebaliknya, semua pihak, terutama Kementerian Pelajaran, perlu menerima hakikat bahawa cabaran yang mendepani negara ketika ini menuntut agar keutamaan dalam sistem pendidikan dinilai dan disusun semula supaya sejajar dengan matlamat nasional.

“Penemuan yang berasaskan satu kaji selidik pendapat itu tidak sepatutnya menjadikan kita diulit perasaan berpuas hati.

“Dalam usaha kita untuk beralih daripada ekonomi pendapatan pertengahan yang dipacu inovasi, kita perlu menyelami jauh ke dalam jalinan sistem pendidikan kita dan bertanya sama ada penambahbaikan segera perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran yang mendesak,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia Ke-16 di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian bagi merujuk kepada kaji selidik oleh Introspek Asia baru-baru ini yang menunjukkan bahawa 55 peratus daripada orang dewasa Malaysia percaya sistem pendidikan nasional adalah setanding dengan yang tedapat di negara lain, manakala 35 peratus berkata, ia “lebih baik daripada yang terdapat di negara maju.” – BERNAMA