24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf – Metro


24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf

 98  15 Google +0  0  0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini.

Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah.

“Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.
“Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah.
“Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan,” katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.

Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato’ Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18

BN Sentiasa Beri Perhatian Kepada Keperluan Pelajar – Yahya – Bernama


BN Sentiasa Beri Perhatian Kepada Keperluan Pelajar – Yahya

KOTA KINABALU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi perhatian kepada keperluan pelajar khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam mendapat kemudahan pendidikan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin berkata segala bantuan yang diberi sejak mula mentadbir negara membuktikan kerajaan BN prihatin dan mengambil berat masalah rakyat.

“BN adalah kerajaan terbaik untuk rakyat. Malah, negara luar juga mengakui BN adalah kerajaan terbaik di negara ini. “Kita memberi pelbagai bantuan untuk kesenangan rakyat dari segi perkhidmatan dan juga bantuan kewangan, termasuk untuk pelajar-pelajar sekolah,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di SJK (C) Hwa Shiong di Putatan dekat sini, Jumaat. –BERNAMA

Guru-Guru yang mempunyai opsyen Bahasa Cina – NUTP


Guru-Guru yang mempunyai opsyen Bahasa Cina

 

Untuk Makluman Saudara/ Saudari,

Guru-Guru yang mempunyai opsyen Bahasa Cina mengajar di SMK dan ingin mengajar di SJK(C) tetapi permohonan tidak berjaya. Sila kemukakan surat rayuan ke NUTP dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.

 

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
03/12/2012

Elaun BISP Untuk Guru Yang Mengajar Di SJK(C)/SJK(T) – NUTP


Elaun BISP Untuk Guru Yang Mengajar Di SJK(C)/SJK(T)

 

Bagi guru-guru yang mengajar di SJK(C)/ SJK(T), syarat layak untuk mendapat Elaun BISP perlu mengajar atau memenuhi syarat mengajar sekurang-kurangnya 3 waktu.

 

Tarikh Berita/News Date:
13/09/2012

MCA jumpa TPM berhubung kekurangan guru – Bernama


MCA jumpa TPM berhubung kekurangan guru

19/02/2012 5:11pm

 

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi berhubung isu kekurangan guru di sekolah vernakular Cina.

Beliau berkata, data mengenai jumlah guru sekolah SJK(C) yang diberikan kepada Kementerian Pelajaran mungkin tidak menggambarkan kekurangan yang sebenar.

“Sehingga hari ini, masalah itu masih wujud. Saya akan berjumpa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyddin Yassin untuk membincangkan perkara ini kerana kami mahu ia diselesaikan segera,” katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, dilaporkan bahawa sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan hampir 2,000 guru di seluruh negara.

Isu itu pertama kali ditimbulkan sebelum sesi persekolahan bermula awal tahun ini dan Kementerian Pelajaran dilaporkan berusaha menangani masalah itu.

Hari ini, kekosongan jawatan di sesetengah sekolah telah diisi tetapi masalah baru timbul berikutan guru-guru yang dihantar ke sana tidak memahami bahasa Cina. – BERNAMA

Gagal bersekolah hari pertama – Metro


Gagal bersekolah hari pertama

 

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

 

ORANG ramai kelihatan meredah banjir berikutan jalan utama di antara Pasir Puteh ke Kuala Besut dinaiki air semalam.

 

KOTA BHARU – Sebanyak sebelas buah sekolah dan ribuan pelajar di Kelantan tidak dapat memulakan sesi baharu persekolahan 2012 yang bermula hari ini ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, dua buah sekolah di Gua Musang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai dan SK Balar tidak dapat beroperasi kerana terputus hubungan.

Beliau berkata, sembilan lagi sekolah terjejas adalah di daerah Rantau Panjang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SK Rantau Panjang, SK Seri Rantau Panjang 1 dan 2, SJK(C) Khay Boon, SK Lubok Stol, SK Kok Pauh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Falah di Siram dan SABK Diniah, Bongor.

“Sekolah-sekolah di Rantau Panjang ditutup disebabkan air Sungai Golok semakin naik dan kawasan sekolah dilimpahi air,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa bila sekolah terbabit akan dibuka, bergantung kepada keadaan cuaca.

Sementara itu di Pasir Puteh, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di daerah itu meningkat kepada 232 orang daripada 55 buah keluarga selepas rumah mereka ditenggelami air akibat hujan lebat malam semalam.