Kerajaan tidak pernah pinggirkan SJKC, SJKT – Utusan


Kerajaan tidak pernah pinggirkan SJKC, SJKT

MELAKA 29 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menganaktirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah tidak berasas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion untuk SJKC dan RM600 juta bagi SJKT untuk membiayai gaji guru-guru sekolah terbabit di seluruh negara.

Muhyiddin menjelaskan demikian dalam ucapan merasmikan projek pembinaan jejantas untuk SJKC Wen Chua dan Sekolah Kebangsaan Batu Berendam di sini hari ini. – UTUSAN MALAYSIA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130429/dn_13/Kerajaan-tidak-pernah-pinggirkan-SJKC-SJKT#ixzz2RrSUkiDP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jawatankuasa khas tangani isu guru SJKC, SJKT – Bernama


Jawatankuasa khas tangani isu guru SJKC, SJKT

KUALA LUMPUR 21 Jun – Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan bagi menangani isu kekurangan guru terlatih di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jawatankuasa khas bagi menangani isu kekurangan guru di kedua-dua sekolah itu dipengerusikan secara berasingan oleh dua Timbalan Menteri Pelajaran.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu turut dianggotai wakil persatuan dan pertubuhan bagi masyarakat Cina dan Tamil serta kesatuan guru bagi membincangkan secara terperinci isu berkenaan serta mengenal pasti pendekatan terbaik mengatasi masalah itu.

Bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa langkah turut diambil, antaranya memastikan guru mempunyai kelayakan dwibahasa termasuk bahasa Cina atau Tamil untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan Inggeris Tahap 1.

“Selain memastikan guru kelas pemulihan mempunyai kelayakan dwibahasa, kementerian menempatkan 98 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai kepujian bahasa Cina ke SJKC dan 18 graduan yang mempunyai kepujian dalam bahasa Tamil ke SJKT pada 23 Mei lalu,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan M. Manogaran (DAP-Telok Intan) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. – BERNAMA

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT – Utusan


Atasi guru kurang di SJKC, SJKT

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.

Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.

‘‘Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).