Pekak angkara penampar cikgu – Metro


Pekak angkara penampar cikgu

 520  40 Google +2  2  0

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Ipoh: Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya.

Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

Foto 

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04

Solat Jumaat di surau sekolah – Sinar Harian


Solat Jumaat di surau sekolah

WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Mei 2013
Solat Jumaat di surau sekolah
Keratan akhbar yang memaparkan penduduk tidak sabar menunggu masjid siap di Kampung Kebor Ayer, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGANU – “Minggu depan kami semua dijangka menunaikan solat Jumaat di surau Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, kerana masjid di kampung ini akan dibina baru,” kata Abu Bakar Jusoh.

Abu Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung berkata, sementara menunggu masjid baru itu siap, penduduk kampung akan menggunakan surau sekolah berhampiran untuk solat berjemaah.

Bagaimanapun, surau yang hanya mampu memuatkan kira-kira 80 jemaah itu perlu dilakukan sedikit penambahbaikan sebelum dapat digunakan.

“Sebelum itu, surau sekolah ini perlu dibaiki terutama pendawaian elektrik dan beberapa masalah lain untuk memberi keselesaan kepada jemaah.

“Walaupun surau ini tidak dapat memuatkan ratusan jemaah, pihak kami bersama kontraktor akan cuba melakukan yang terbaik bagi memastikan orang ramai dapat menunaikan solat dalam keadaan yang sempurna,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak sekolah telah mendapat arahan untuk membenarkan orang kampung menggunakan surau berkenaan bagi menjalankan aktiviti agama seperti yang dilakukan di masjid itu.

“Soal penduduk kampung dengan pihak sekolah, sudah tidak ada masalah, cuma bimbang ramai penduduk di sini ‘lari’ ke masjid lain kerana hanya dapat memuatkan hanya segelintir jemaah sahaja,” katanya.

Namun dalam kebimbangan itu, diharap penduduk dapat kembali menunaikan solat berjemaah di masjid baru suatu hari nanti.

Sebelum ini, akhbar Sinar Harian melaporkan, kebanyakan penduduk Kampung Kebor Ayer tidak sabar menunggu sebuah masjid yang dikatakan bernilai hampir RM6 juta siap dibina.