SPM: SMKA Naim Lilbanat cemerlang – Sinar Harian


SPM: SMKA Naim Lilbanat cemerlang

ROSMIZA KASIM
31 Mac 2012
CEO Kumpulan Karangkraf rai pelajar cemerlang SMKA Lilbana
CEO Kumpulan Karangkraf rai pelajar cemerlang SMKA Lilbana

KOTA BHARU – Sekolah Menengah Ke­bangsaan Agama (SMKA) Naim Lil­banat meneruskan tradisi kece­mer­la­ngan apabila enam pelajarnya menca­tat keputusan cemerlang 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Kejayaan itu menyaksikan sekolah ber­kenaan mengatasi pencapaian seko­lah-sekolah lain di Kelantan.

Enam pelajar sekolah itu yang berja­ya mencatat keputusan A+ dalam ke­se­mua mata pelajaran diambil ialah Ami­rah Che Asran, Nik Nurhanini Nik Mohd. Zaki, Nabilah Muhammad Na­jib, Nik Nur Fatihah Nik Zulkifli, Wan Amelia Elisha Wan Azhar dan Zu­raidah Jusoh.

Lebih manis apabila 30 pelajar lain tu­rut mencatat keputusan 11A mela­lui kombinasi A+, A dan A-.

Kejayaan itu turut dikongsi anak salah seorang pengasas sekolah berke­naan, Datuk Dr Hussamuddin Ya­acub yang diberi penghormatan merasmikan majlis konvokesyen serta merasmikan Dewan Haji Yaacub Idris yang dibina pihak sekolah dengan kos RM2 juta sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan Allah­yar­ham Haji Yaacub.

Hussamuddin yang juga Pe­nga­rah Urusan Kumpulan Media Ka­rang­kraf berkata, beliau mempunyai nos­talgia tersendiri bersama Allahyarham ayahnya yang berusaha mengumpulkan wang membina sekolah terbabit.

“Saya masih ingat, ayah terpaksa berjalan kaki dengan kawan mengutip duit untuk memastikan sekolah terus berjalan, sukar tetapi itulah realitinya. Sekolah ini berkembang pesat menjadi sebuah sek berprestasi tinggi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang,” katanya.

Dengan nada terharu beliau berkata, sekiranya masih hidup sudah tentu Allahyarham ayahnya gembira melihat kecemerlangan SMKA Naim Lilbanat yang diusahakan pada tahun 1941 bersama dua lagi rakannya, Allahyarham Nik Yahya dan Allah­yarham Idris Omar.

Beliau turut mencabar pelajar-pelajar supaya buang sikap malu sekiranya mahu berubah dalam hidup untuk mencapai kejayaan di samping berazam membentuk karakter diri bagi mencipta kecemerlangan.

Pengetuanya, Maimunah Ismail berkata, pihaknya bercita-cita mendapat peningkatan gred purata 1.80 lebih cemerlang dalam peperik­saan SPM tahun ini, berbanding kejayaan tahun sebelumnya iaitu 1.90.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya kesunggu­han pelajar itu sendiri yang disokong dengan komitmen guru-guru dalam memberi tunjuk ajar secara ikhlas sehingga mengharumkan nama sekolah.

“Malah kehadiran Dr Hus­samuddin turut membakar semangat pelajar untuk turus berjaya dalam pelajaran serta kehidupan,” katanya.