Pancaragam SMK Sultanah Asma ke final MWBC – Bernama


Pancaragam SMK Sultanah Asma ke final MWBC

 

ALOR SETAR 12 Jun – Kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma layak untuk bersaing di pusingan akhir bagi menentukan wakil negara ke Malaysia World Band Competition (MWBC).

Dalam pusingan kelayakan di Stadium Sultan Abdul Halim semalam, SMK Sultanah Asma mengumpul 79.3 mata, mengalahkan pasukan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) dengan perbezaan lebih kurang tujuh mata.

Lebih 20 pasukan pancaragam dengan anggota seramai 1,500 dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Amerika Syarikat akan menyertai MWBC pada 7 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pertandingan Pancaragam Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan 2013 (Natcomp) dari 11 Jun hingga 5 Julai ini, akan menjelajah ke seluruh negara bagi mencari 10 pasukan pancaragam terbaik untuk bersaing di Grand Final Natcomp pada 5 Julai di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bagi merebut gelaran juara pasukan pancaragam terbaik negara.

Pusingan kelayakan yang bermula semalam di Kedah akan diteruskan ke Pahang dan Terengganu masing-masing pada 16 dan 18 Jun, Johor pada 20 Jun dan akhir sekali di Selangor pada 22 Jun. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130612/dn_24/Pancaragam-SMK-Sultanah-Asma-ke-final-MWBC#ixzz2W0G5WB1Z
© Utusan Melayu (M) Bhd

‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya – Metro


‘Ghaib’ lepas tonton aksi Harimau Malaya

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Kali terakhir Amri dilihat rakannya di luar pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil seorang diri dan memberitahu sedang menunggu abang ‘Ultras Malaya’ untuk pulang bersama selepas menyaksikan perlawanan Piala Suzuki AFF antara skuad Harimau Malaya dan Indonesia, malam Sabtu lalu.

“Namun, sejak malam itu, Amri tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya gagal sehingga kini. Saya tidak tahu keadaan Amri sekarang,” kata Nor Zilar Mohd Nor, 51, ibu remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang.
Amri atau nama sebenarnya Shamreeshah Daniel adalah anak anggota polis berpangkat sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

 

Nor Zilar berkata, anak keempat daripada enam beradik itu sangat meminati bola sepak dan sering ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya.
“Amri tidak pernah ke stadium seorang diri dan biasanya pergi bersama beberapa rakannya. Malah, pada Sabtu lalu, saya menghantar dia dan seorang rakannya ke LRT (stesen transit aliran ringan) Taman Bahagia.
“Saya membenarkan Amri pergi stadium malam itu kerana dia mahu menyaksikan perlawanan bersama keluarga rakannya itu. Tetapi, sebaik tiba di stadium, saya dimaklumkan rakannya itu, Amri segan untuk duduk bersama mereka dan pergi ke tempat duduk lain,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05