Trauma dicabul – Metro


Trauma dicabul

 0  0 Google +0  0  0

Subang Jaya: Seorang kanak-kanak perempuan trauma apabila dicabul seorang tukang sapu sampah di tangga berdekatan apartmen didudukinya di Apartmen Lagoon Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 11 tahun itu menuruni tangga untuk pergi ke kedai sebelum terserempak tukang sapu sampah warga asing yang menarik lengan mangsa sebelum mencium pipi kirinya.
Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri, namun dikejar suspek sehingga tingkat tiga dan lelaki terbabit sekali lagi menciumnya.

 

“Mangsa meronta-ronta sebelum melarikan diri dan meminta bantuan pengawal keselamatan di tingkat bawah bangunan berkenaan.
“Pengawal keselamatan itu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi polis dan menyerahkan lelaki terbabit kepada polis,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14

Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup – Metro


Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.
Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.
Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.
Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.

 

 

“Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya.