Remaja dilapor hilang ditemui – Bernama


Remaja dilapor hilang ditemui

21 Julai 2013

GEORGETOWN – Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumhnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi tadi.

Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada pukul 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek,” katanya ketika dihubungi.

Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hatta berkata pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan.

Mangsa disedari hilang pada pukul 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya.

Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam tersebut bagi memudahkan seorang lagi anggota keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya. – Bernama

Adik kena reman – Metro


Adik kena reman

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGETOWN: Remaja lelaki yang menumbuk abangnya hingga menemui ajal ketika bergaduh di rumah mereka, kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, setakat ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan merekodkan keterangan daripada remaja itu bagi membantu siasatan.
“Kami akan melengkapkan kertas siasatan yang kemudian dirujuk ke timbalan pendakwa raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

 

“Selain itu, kami sudah mengambil keterangan daripada beberapa saksi di tempat kejadian termasuk ibu mangsa dan jiran,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan dianggap selesai selepas remaja itu ditahan pada hari sama kejadian di rumahnya di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas.
Harian Metro semalam melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun, menumbuk abangnya, Muhammad Asyraf, 17, hingga mangsa tersembam sebelum meninggal dunia.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/04