Pengambilan Guru Ambil Kira Keperluan Setiap Negeri – Idris Jusoh – mStar


Pengambilan Guru Ambil Kira Keperluan Setiap Negeri – Idris Jusoh

Oleh KANG SOON CHEN

 

Idris Jusoh

 

SUNGAI BULOH: Pengambilan guru pada masa hadapan akan mengambil kira keperluan setiap negeri dan bukannya hanya memenuhi keperluan di peringkat Persekutuan, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata negeri-negeri tertentu seperti Kelantan memiliki terlalu ramai guru agama sehingga menyebabkan masalah kekurangan guru bagi mata pelajaran lain di negeri itu.

“Sekiranya guru boleh mengajar di negeri masing-masing daripada dihantar ke negeri lain, jadi ia akan mengurangkan masalah mereka memohon untuk berpindah kembali di kemudian hari,” kata Idris kepada pemberita selepas melawat kantin di SK Seri Pristana pada Selasa.

Sekolah itu dihimpit kontroversi berhubung isu penggunaan bilik persalinan sebagai kantin sementara pada bulan Ramadan.

Idris menggesa para guru dan ibu bapa dari sekolah itu untuk melupakan episod itu dan melangkah ke hadapan.

Jangan Kait Penahanan Bapa Pelajar Dengan Isu Kantin SK Seri Pristana – Polis – mStar


Jangan Kait Penahanan Bapa Pelajar Dengan Isu Kantin SK Seri Pristana – Polis

Oleh SHAUN HO

SUNGAI BULOH: Polis menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan penahanan seorang bapa kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana berhubung isu kantin di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, kedua-dua perkara tersebut merupakan subjek siasatan yang berasingan.

“Polis membuatan siasatan berhubung isu kantin berikutan terdapat 19 laporan polis yang dibuat oleh orang ramai dan ibu bapa para pelajar di sana. Empat lagi laporan dibuat oleh kakitangan sekolah,” kata Junaidi, sambil menambah bahawa tidak ada unsur jenayah ditemui.

Bagaimanapun, beliau berkata, penahanan V. Kumancan adalah hasil daripada laporan yang dibuat oleh guru besar selepas dia didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman di pejabat sekolah.

“Ini disaksikan oleh empat kakitangan pejabat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada Rabu.

Beliau berkata, kes lelaki tersebut boleh ditutup tidak lama lagi dan berharap Kumancan, 32, akan bekerjasama dengan polis.

Kumancan, yang mempunyai anak yang belajar di SK Seri Pristana, ditahan pada Isnin dan dibebaskan dengan ikat jamin polis pada hari yang sama.

Ikat jamin beliau berakhir pada 6 September.

Mengenai dakwaan polis menyoal pelajar-pelajar di sekolah, Junaidi mengakui bahawa pegawai polis melakukan “temubual” dengan para pelajar sebagai sebahagian daripada penyiasatan, dan tidak menyoal siasat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan memandangkan ibu bapa mereka tiada ketika itu, pegawai tidak boleh mengganggu pelajar.

“Kami telah diberi kebenaran oleh guru besar untuk menemubual pelajar pada masa yang ditetapkan. Kami diberi 30 minit dan bercakap dengan mereka di dalam kelas dengan pelajar-pelajar lain yang turut hadir.

“Kami bercakap dengan lebih daripada enam pelajar, antara mereka diambil gambar di dalam bilik makan, dan lain-lain,” katanya.

Budak lelaki dipaksa lakukan seks oral – Sinar Harian


Budak lelaki dipaksa lakukan seks oral

WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Julai 2013

SUNGAI BULOH –  Derita seorang kanak-kanak lelaki dipaksa melakukan seks oral oleh jurulatih badmintonnya sejak tiga tahun lalu berakhir selepas ibu mangsa membuat laporan polis sebaik mendapat maklumat mengenai kelakuan tidak bermoral jurulatih itu terhadap anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa berusia 12 tahun beberapa kali diarah melakukan seks oral dan kejadian berlarutan sehingga Mei lalu.

Menurutnya, kegiatan itu hanya diketahui ibunya selepas diberitahu oleh ibu rakan anaknya itu sebelum satu laporan polis dibuat pada 27 Jun lalu.

“Siasatan mendapati suspek membuka seluar dan kemudian mengarah kanak-kanak itu menghisap kemaluannya,” katanya.
Beliau berkata, jurulatih berusia 41 tahun itu ditahan 2 Julai lalu dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah 377 E, kanun keseksaan.