SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN – Bernama


SPA Cadang Tambah Baik Penstrukturan Gaji Penjawat Awam Berijazah -KSN

IPOH: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bercadang menambah baik mekanisme penstrukturan gaji penjawat awam yang mempunyai kelulusan ijazah selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat berpendapatantinggi menjelang tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan awal.

“Kami sedang mengkaji kemungkinan…siswazah yang bermula kerja dengan gred 41 boleh naik sehingga jawatan KSN tetapi tidak semua orang boleh naik keperingkat itu kerana terdapat 1.4 juta penjawat awam,” katanya kepada pemberitaselepas majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhajaya Perkhidmatan Awam disini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendapatan penjawat awammenjelang 2020.

Ali berkata pihaknya telah memberi idea itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dikaji kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan.

“Kami tidak boleh laksanakannya dengan serta merta…kerana ia perlu melaluiproses, langkah demi langkah. Kami perlu melihat setiap skim (perkhidmatan),”katanya.

Katanya antara mekanisme penstrukturan yang dipertimbangkan ialah kenaikangred berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti yang dilaksanakan oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara memuji prestasi penjawat awam diperingkat persekutuan dan negeri.

Sepanjang program dua hari beliau di Perak sejak semalam, Ali antara lain melawat kawasan rumah pangsa Waller Court, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen di sini. BERNAMA

Imbuhan Aidilfitri: Cuepacs cari pendekatan terbaik – Bernama


Imbuhan Aidilfitri: Cuepacs cari pendekatan terbaik

16 Julai 2012

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan.

Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

“Kita (Cuepacs) sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, kita mahu satu pendekatan yang bijak,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bilangan 6 Sesi 2010-2013 di sini hari ini.

Mesyuarat dihadiri 130 orang anggota majlis. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga berkesempatan mengadakan dialog selepas mesyuarat.

Selain itu Omar mengulangi pendirian mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menarik balik dua dasar baru yang diperkenalkan iaitu membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini.

Beliau berkata dasar itu perlu dibatalkan dan satu pendekatan yang lebih berdaya saing diwujudkan untuk memantapkan perkhidmatan awam negara.

Katanya keputusan Cuepacs berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.

Omar berkata beliau difahamkan terdapat 800 jawatan untuk peringkat SPM telah ditawarkan kepada pemegang ijazah sarjana muda.

Sementara itu Ali berkata pendekatan turun padang yang dilaksanakan oleh beliau diharap dapat memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata pendekatan tersebut lebih berkesan kerana dapat melihat keadaan sebenar berbanding hanya bergantung kepada laporan pegawai di peringkat tempatan.

Ali juga berharap Cuepacs yang memperjuangkan nasib penjawat awam supaya dapat berkongsi pandangan atau pendapat dan tidak merasakan wujud sebarang kekangan antara beliau dan kongres itu. – Bernama