Surat cinta berpalit noda – Metro


Surat cinta berpalit noda

 4  0 Google +1  0  0

Oleh Siti Nur Syazwani Hashim dan Tengku Nur Nadhirah Tengku Md Saabri

Kuantan: Gian menghidu seluar dalam dan coli wanita menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bertindak gila mencuri pakaian dalam berkenaan dari rumah sekumpulan pelajar perempuan di Kampung Selamat, di sini, sejak Januari lalu.

Perkara itu diakui sendiri remaja gila seks terbabit apabila turut mengirim sepucuk ‘surat cinta’ kepada pelajar perempuan berkenaan dengan menyatakan dia meminta maaf di atas perbuatan dilakukan dan memulangkan semula pakaian dalam dicurinya sebelum ini.

Dalam surat dikirim bersama segumpal pakaian yang dicuri itu, remaja lelaki terbabit tanpa segan silu memaklumkan dia berbuat demikian kerana terlalu gian menghidu pakaian dalam wanita.

Mangsa, Siti Syahirah Ali, 23, berkata, dia bersama tujuh rakannya yang lain menerima surat berkenaan bersama segumpal pakaian dalam itu yang dipercayai dilemparkan suspek di halaman rumah sewa mereka jam 1 pagi kelmarin.
Katanya, mereka berasa hairan dengan tindakan individu terbabit yang memulangkan pakaian dalam pernah dicuri itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28

– See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suratcintaberpalitnoda/Article/index_html#sthash.pSThQs9L.dpuf

‘Pulanglah anakku, pulanglah’ – Sinar Harian


‘Pulanglah anakku, pulanglah’

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 April 2012
‘Pulanglah anakku, pulanglah’
Syazwani yang menghilangkan diri pada 14 April lalu.

JASIN – “Pulanglah anakku, pulanglah. Kami semua merinduimu,” rayu ­seorang ibu yang sehingga kini mengharapkan anak gadisnya, Syazwani Ismail, 15, ­kembali ke pangkuan mereka setelah anaknya itu ­sehingga sekarang tidak pulang ke rumah sejak menghilangkan diri pada 4 April lalu.

Latifah Md Noor, 50, berkata, ­pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang berita mengenai anak bongsu dari lima beradik itu.

Menurutnya, lebih menyedihkan ­pelajar tingkatan tiga di salah sebuah ­sekolah menengah di Jasin yang mesra dengan panggilan Wani dalam kalangan keluarga bukan sahaja gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi menyebabkan mereka sekeluarga buntu mencarinya.

“Saya risau akan keselamatan Wani dan hati saya kuat menyatakan yang dia masih berada di negeri ini serta mahu ­pulang ke rumah.

“Sehingga sekarang kami masih lagi berusaha mencari di merata-rata tempat dan berharap orang ramai dapat turut sama mencari Wani,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Ismail Maarof, 60, berkata, selepas kehilangan Wani, salah seorang anak perempuannya ada menerima pesanan ringkas daripada seorang individu yang dipercayai berada di Padang Temu memberitahu Wani di­simpan seorang individu bernama Wan di Taman Cempaka.

Menurutnya, dia cuba menghubungi individu terbabit untuk mensahih­kan maklumat itu, bagaimanapun gagal ­dihubungi dan ada juga yang pernah memberitahu ternampak anaknya itu di Dataran Pahlawan termasuk ada yang menyatakan Wani dikurung di bangunan dua tingkat di Taman Melaka Raya.

“Kehilangan Wani mungkin ­disebabkan terpengaruh dengan rakan yang ­dikenali melalui rangkaian sosial Facebook dan saya merasanya dia dikurung seseorang ­menyebabkan anak saya tidak pulang ke rumah.

“Saya merayu kepada mereka yang ­menyorokkan Wani agar dapat ­melepaskan dia dengan selamat,” katanya.

Ismail berkata, sehingga sekarang ­mereka sekeluarga bukan sahaja tidak lena tidur malah kesihatan isteri juga agak membimbangkan kerana terlalu merindui Wani.

“Saya mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai bersama-sama ikhtiar mencari anak gadisnya.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat ataupun pernah ternampak Wani boleh menghubunginya menerusi talian             013-6958849       dan             06-5292734       atau balai polis berdekatan,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Sinar Harian ­pernah menyiarkan mengenai kehila­ngan gadis terbabit namun ditemui semula ­sehari selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan, sebelum dia kemudian hilang kali kedua pada 4 April lalu.

Lima langkah elak anak mencarut – Sinar Harian


Lima langkah elak anak mencarut

NUR SYAZWANI MEHAT
31 Mac 2012

SEJAK dilahirkan lagi, bayi sudah mula berkomunikasi dengan alam sekelilingnya khususnya ibu bapa. Namun, pada peringkat awal,  bayi berkomunikasi dengan cara yang berbeza iaitu berkomunikasi melalui bahasa badan dan tangisan sehinggalah bayi itu mula menyebut perkataan ‘mama’ atau ‘mak’.

Komunikasi di kalangan kanak-kanak adalah satu cara untuk menyampaikan maksud hati atau mempertahankan diri dalam bentuk perkataan atau bahasa badan dan mahu difahami dan disayangi. Pada peringkat awal, mungkin komunikasi kanak-kanak tidak dipengaruhi dengan unsur negatif seterusnya mendedahkan mereka kepada mencarut. Namun, setelah mereka meningkat usia, perkara ini sukar dibendung.

Biar pun begitu, Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia, Foundation Studies and Extension Education (FOSEE), Universiti Multimedia, Hawa Rahmat berpendapat komunikasi di kalangan kanak-kanak kebiasaannya akan dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya terutama ibu dan bapa. Kanak-kanak akan lebih terdedah kepada mencarut jika  mereka kerap kali mendengar perkataan, perbuatan atau gambar negatif atau mencarut. Lama-kelamaan, besar kemungkinan mereka akan membesar dengan bahasa yang tidak baik.

Bagi menangani masalah ini agar tidak berleluasa,  Hawa Rahmat mengambil kira beberapa langkah di bawah:
IBU BAPA CONTOH TERBAIK
Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak dalam mendidik mereka berkomunikasi. Sebagai ibu bapa,  gunakan bahasa yang baik dalam berkomunikasi. Elakkan diri daripada menggunakan perkataan yang kasar seperti ‘bodoh’. Teori ‘social learning’ atau ‘modelling’ ada mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian.

 

PANTAU RANCANGAN TV
Di samping itu, cuba peruntukkan sedikit waktu bersama anak-anak. Dengan cara ini, anda dapat memantau rancangan televisyen(tv) yang mereka tonton. Di samping itu, perhatikan kata-kata (dialog) yang digunakan oleh watak dalam rancangan tersebut. Kadang kala penggunaan perkataan yang tidak sesuai sangat jelas dan kerap kali digunakan dalam setiap rancangan kartun sama ada alih bahasa atau rancangan kartun terbitan tempatan seperti perkataan ‘tak guna’. Sebagai orang yang lebih dewasa, cuba anda terangkan bahawa perkataan itu tidak sesuai digunakan dalam percakapan harian. Cuba jelaskan secara terperinci berserta contoh agar mereka memahaminya.

 

PIHAK BERWAJIB MAINKAN PERANAN
Oleh kerana terlalu banyak rancangan kartun dialih suara dan kerap kali menggunakan perkataan yang tidak manis di sebut anak-anak, oleh itu pihak berwajib harus tampil ke hadapan untuk membendung masalah ini. Sekatan atau tapisan harus dibuat agar perkara ini tidak berleluasa seterusnya menyebabkan kanak-kanak terpengaruh dengan perkara-perkara tidak elok.

 

TERAPKAN NILAI KEAGAMAAN DALAM PERTUTURAN
Menurut sebuah hadis ‘kanak-kanak yang baru dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapalah yang mencorakkan …’,  jadi mulakanlah setiap hari dengan perkataan yang baik-baik. Dalam Islam sendiri, segala perbuatan  yang dilakukan perlu dimulakan dengan ucapan ‘bismillah’. Melalui cara ini, anak-anak akan belajar dan mengikut perbuatan ibu bapanya. Sekiranya, ibu bapanya mencarut maka anak juga akan mencarut.

 

KAWAL PERGAULAN KANAK-KANAK
Perkara paling penting yang harus ibu bapa lakukan adalah mengawal pergaulan anak-anak. Setiap saat, anda harus pastikan anak-anak anda bersama dengan siapa, apa yang dibuat dan kata-kata yang dia gunakan. Jika dibiarkan tanpa pemantauan, anak-anak akan rasa bebas, seterusnya membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Sekiranya ibu,bapa lambat menyedari  akan pengaruh yang tidak baik ini kepada anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, maka ia akan menyebabkan anak memberontak dan berfikir ibu bapanya tidak menyayangi mereka lagi. Jadi, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

 

* Dapatkan edisi April majalah Seri Dewi & Keluarga