Tiga hari datang dalam mimpi – Metro


Tiga hari datang dalam mimpi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEPANG: “Saya dapat rasa dia sudah tiada. Tiga hari berturut-turut dia datang dalam mimpi…balik rumah. Tapi dia tak cakap apa-apa,” kata Mohd Zuhari Idris, 47, bapa kepada remaja Malaysia, Nur Afifah, 16, yang dilarikan warga Lombok, Indonesia.

Katanya, dia hairan kerana mimpi yang sama turut dialami isterinya Hasliza Ismail, 45, sebelum mendapat berita mengenai kematian anaknya itu melalui Jabatan Imigresen Taiping, Perak pada 11 Mei lalu. “Isteri saya menceritakan Nur Afifah pulang ke rumah, tetapi dia hanya memandangnya dan tidak berkata sepatah pun. Begitu juga dengan adik Nur Afifah. “Kemudian isteri mahu menghubungi rakan dan keluarga yang lain memberitahu kepulangan Nur Afifah. Bagaimanapun, dia terjaga dari tidur,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menuntut jenazah anaknya di sini, semalam. Jenazah Nur Afifiah tiba di tanah air pada jam 5.30 petang, disambut bapanya bersama beberapa penduduk dari Taman Panglima Kamunting, Taiping.
Difahamkan, Nur Afifah disahkan meninggal dunia akibat kencing manis di Rumah Sakit Bhayan Kara, Bolda, Lombok, Indonesia pada 6 Mei lalu.

 

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Panglima, Kamunting itu sebelum ini dilaporkan dibawa lari seorang lelaki Lombok, dikenali sebagai Mohamad Yani, 20-an menaiki motosikal pada jam 11.45 malam, 18 April lalu.
Mohd Zuhari berkata, dia lega dapat bertemu semula anaknya walaupun dalam keadaan jasad yang sudah tidak bernyawa.
“Walaupun kami hanya menerima jenazahnya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah. “Kematiannya juga akibat penyakit kencing manis dialaminya. Dia mengalami penyakit itu sejak kecil kerana keturunan,” katanya.

 

 

Jenazah remaja itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tekah, Kamunting sebaik tiba dari KLIA, malam tadi.amat…