Ramai mohon lesen bas sekolah – Utusan


Ramai mohon lesen bas sekolah

PUTRAJAYA 6 April – Pengenalan Skim Perlindungan Insurans Murid-Murid Sekolah yang diumumkan dalam Bajet 2013 berjaya menarik ramai pengusaha bas sekolah memohon lesen yang sah daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 17,000 bas sekolah berlesen di seluruh negara tetapi jumlah tersebut tidak termasuk bas sekolah yang beroperasi secara tanpa lesen serta tidak layak menikmati faedah insurans tersebut.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah digalak memohon lesen dengan SPAD kerana ia merupakan proses yang mudah di mana mereka hanya perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran.

“Dianggarkan jumlah bas sekolah tanpa lesen ini adalah agak besar dan mereka beroperasi secara senyap-senyap.

“Kami berharap penawaran skim insurans ini bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada murid tetapi juga akan menggalakkan pengusaha bas sekolah berdaftar dengan SPAD,” katanya kepada pemberita selepas melancaran skim insurans tersebut di sini hari ini.

Walaupun hanya dilancarkan hari ini, dua murid yang cedera dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor pada Januari lalu, telah pun menerima manfaat daripada skim itu yang dilaksanakan kerajaan mulai tahun ini.

Perlindungan yang ditawarkan di bawah skim tersebut termasuk kematian akibat kemalangan, hilang keupayaan kekal, bayaran perubatan, manfaat hospital dan khairat kematian.

Syed Hamid berkata, setiap murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berlesen akan mendapat perlindungan tersebut secara automatik tanpa perlu melakukan pendaftaran.

“Jika berlaku kemalangan, ibu bapa hanya perlu serah laporan perubatan dan pengesahan murid daripada sekolah kepada SPAD atau Takaful Malaysia untuk proses tuntutan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130407/dn_11/Ramai-mohon-lesen-bas-sekolah#ixzz2PmyfmRdb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Insurans: Jumlah pengusaha bas sekolah mohon lesen bertambah – Utusan


Insurans: Jumlah pengusaha bas sekolah mohon lesen bertambah

THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 6 April – Pengenalan Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah yang diumumkan dalam Bajet 2013 berjaya menarik ramai pengusaha bas sekolah memohon lesen yang sah daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 17,000 bas sekolah berlesen di seluruh negara tetapi jumlah tersebut tidak termasuk bas sekolah yang beroperasi secara tanpa lesen serta tidak layak menikmati faedah insurans tersebut.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah digalak memohon lesen dengan SPAD kerana ia merupakan proses yang mudah di mana mereka hanya perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran.

“Dianggarkan jumlah bas sekolah tanpa lesen ini adalah agak besar dan mereka beroperasi secara senyap-senyap.

“Kami berharap penawaran skim insurans ini bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada murid tetapi juga akan menggalakkan pengusaha bas sekolah berdaftar dengan SPAD,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim insurans tersebut di sini hari ini.

Walaupun hanya dilancarkan hari ini, dua murid yang cedera dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor pada Januari lalu, telah pun menerima manfaat daripada skim itu yang dilaksanakan kerajaan mulai tahun ini.

Perlindungan yang ditawarkan di bawah skim tersebut termasuk kematian akibat kemalangan, hilang keupayaan kekal, bayaran perubatan, manfaat hospital dan khairat kematian.

Syed Hamid berkata, setiap murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berlesen akan mendapat perlindungan tersebut secara automatik tanpa perlu melakukan pendaftaran.

“Jika berlaku kemalangan, ibu bapa hanya perlu serah laporan perubatan dan pengesahan murid daripada sekolah kepada SPAD atau Takaful Malaysia untuk proses tuntutan,” katanya. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130406/dn_25/Insurans-Jumlah-pengusaha-bas-sekolah-mohon-lesen-bertambah#ixzz2PmyZUV00
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bas sekolah kini dilindungi – Sinar Harian


Bas sekolah kini dilindungi

KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
29 Mac 2013
Bas sekolah kini dilindungi
Syed Hamid (dua, kiri) menyampaikan cenderahati kepada 10 pelajar cemerlang UPSR di Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, semalam.

SEREMBAN – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan skim insurans bagi pelajar di negara ini yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, insurans dikelolakan Takaful Malaysia itu berfungsi melindungi kira-kira 1.5 juta murid sekolah pelbagai peringkat, seandainya mereka terbabit dalam kemalangan semasa menaiki bas sekolah.

“Bagaimanapun, hanya bas sekolah yang beroperasi secara sah dan berdaftar dengan SPAD saja layak mengikuti program ini yang bermula sejak 1 Januari lalu.

“Setakat ini, sebanyak 17,000 bas sekolah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sudah pun mendaftar dengan kita dilindungi melalui skim berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kali ke-3 Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah Seremban, di sini, semalam.

Syed Hamid berkata, antara perlindungan diberikan seperti pampasan RM100,000 jika membabitkan kematian murid dalam kemalangan, RM100,000 untuk kecacatan kekal, manfaat hospital sebanyak RM100 sehari, tanggungan kos perubatan sehingga RM3,000 dan khairat kematian berjumlah RM2,500.

“Prosedur untuk membuat tuntutan pula mudah sahaja, di mana pelajar terbabit hanya perlu mengemukakan surat pengesahan doktor dan pihak sekolah.

“Manakala proses tuntutan pula tidak lama, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum pampasan dikeluarkan kepada murid terbabit.

Menurut Syed Hamid, perlindungan berkenaan bukan sahaja membabitkan pergi dan balik ke sekolah, sebaliknya turut meliputi rombongan anjuran pihak sekolah di luar waktu pembelajaran, selagi bas sekolah berkenaan beroperasi dengan lesen dan permit yang sah.

“Secara tidak langsung, kita cuba menggalakkan agar setiap pengusaha bas sekolah di luar sana agar mendaftar dengan kita demi kebaikan pelajar yang mereka bawa,” katanya.