‘Awek abang saya’ – Metro


‘Awek abang saya’

 2  0 Google +0  1  1

Oleh Mohd Fadly Samsudin, Gaddafi Musli dan Yusuf Ghani

Kuala Lumpur: “Tak ada duit nak balik rumah malam ini, sebab itu saya terpaksa bermalam dengan kakak di sini, “kata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandungnya di dalam bilik hotel bajet di ibu negara, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya penguat kuasa, remaja itu menukar kenyataannya mengatakan gadis berusia 20 tahun itu teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi.

Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

Budak 13 tahun ditangkap khalwat – Metro


Budak 13 tahun ditangkap khalwat

 778  27 Google +4  4  0

Oleh Gaddafi Musli, Fadly Samsudin dan Yusuf Ghani

KUALA LUMPUR: “Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Foto 

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14

Karnival Usahawan Pendidikan Khas meriah – Berita Harian


Karnival Usahawan Pendidikan Khas meriah

2012/09/27 – 06:10:12 AMCetakEmel Kawan
Raja Nong Chik  (dua dari kanan) bersama Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Abdullah Md Yunus (kanan) melawat  Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 di Astana Taman Tasik Titiwangsa, semalam. - Foto Chan Wai YewRaja Nong Chik (dua dari kanan) bersama Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Abdullah Md Yunus (kanan) melawat Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 di Astana Taman Tasik Titiwangsa, semalam. – Foto Chan Wai Yew

Kuala Lumpur: Lebih 5,000 pengunjung termasuk pelajar kurang upaya memeriahkan Karnival Usahawan Pendidikan Khas 2012 yang berlangsung di sini, semalam.

Karnival anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan memberi pendedahan awal asas keusahawanan kepada pelajar.

Sebanyak 104 sekolah pendidikan khas (rendah dan menengah) sekitar Kuala Lumpur menyertai karnival berkenaan dengan menyaksikan pelajar menjual pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian dan cenderahati.

Antara sekolah menjayakan karnival berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Salak South dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Fletcher.

Turut serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sinar Bintang, SMK Batu Muda, SMK Taman Tun Dr Ismail.

Perasmian karnival disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hadir sama Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Swasta JPNWPKL, Nor Laila Lambak.

Tingkat keyakinan pelajar kurang upaya
Nong Chik berkata, karnival berkenaan mampu meningkatkan keyakinan pelajar kurang upaya untuk berinteraksi dengan orang ramai, selain berpeluang menunjukkan kreativiti mereka melalui perniagaan.

“Karnival ini secara tidak langsung membuat masyarakat lebih peka terhadap perkembangan aktiviti pendidikan khas dan pembabitan mereka sebagai usahawan baru,” katanya kepada sidang media selepas perasmian karnival itu, semalam.

Sementara itu, Ketua Unit Pendidikan Khas JPNWPKL, Sauki Yusoff berkata, pihaknya adalah satu-satunya Jabatan Pelajaran di negara ini yang menganjurkan program membabitkan sekolah pendidikan khas itu.

“Kami berharap karnival seperti ini dapat menjadi ikutan kepada sekolah pendidikan khas di negeri lain dalam menyediakan peluang kepada mereka mempamerkan bakat keusahawanan,” katanya.