TAWARAN BIASISWA BAGI PROGRAM BANTUAN TEKNIKAL UNTUK PELAJAR ASEAN (2013-2014)


TAWARAN BIASISWA BAGI PROGRAM BANTUAN TEKNIKAL UNTUK PELAJAR ASEAN (2013-2014)

25 September 2013

Berikut dilampirkan maklumat berkenaan Tawaran Biasiswa bagi Program Bantuan Teknikal untuk Pelajar ASEAN (2013-2014).
Tawaran dibuka sehingga 31 Oktober 2013

 

Muat Turun
Tawaran Biasiswa bagi Program Bantuan Teknikal untuk Pelajar ASEAN (2013-2014)

TAWARAN BIASISWA SINERGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) – UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DI KPM AMBILAN TAHUN 2014


TAWARAN BIASISWA SINERGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) – UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DI KPM AMBILAN TAHUN 2014

17 September 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM memberi peluang kepada PPPS di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta  PPPS yang berminat untuk berkhidmat
di SBP bagi mengikuti Program Biasiswa Sinergi KPM-UTM ambilan tahun 2014  di peringkat Kedoktoran.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut
kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Oktober 2013 (Rabu).

 

Muat Turun
Maklumat Iklan Tawaran
Surat Edaran
Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bahagian Tajaan Pendidikan
Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan / Tabung Pendidikan
Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

210 lepasan SPM, STPM kumpulan pertama terima biasiswa YPPB – Bernama


210 lepasan SPM, STPM kumpulan pertama terima biasiswa YPPB
2012/06/24
SUNGKAI: Seramai 210 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah kumpulan pertama yang terpilih untuk menerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) yang dilancarkan akhir tahun lalu.

Setiap pelajar akan menerima biasiswa antara RM100,000 hingga RM300,000 untuk sepanjang pengajian mereka di institusi pengajian tinggi yang akan bermula bulan depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata YPPB ditubuhkan bertujuan memberi laluan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
“Kerajaan sedar terdapat pelajar yang cerdas tidak berpeluang untuk menggilap potensi mereka disebabkan wujudnya kekangan persekitaran seperti kemiskinan keluarga, keadaan rumah yang kurang sesuai dan ketiadaan akses kepada kemudahan pembelajaran,” katanya ketika berucap pada program Kemuncak Jelajah Aspirasi 2012 dan penyampaian surat tawaran biasiswa YPPB kepada pelajar terpilih di sini, hari ini.

Nor Mohamed berkata, kerajaan bertekad untuk memastikan kedaifan hidup tidak menjadi penghalang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pendidikan adalah platform anjakan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, membasmi kemiskinan dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk bangsa dan negara kita,” katanya. – BERNAMA

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM


TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov / Dis 2010 dan Semester 1 2011  untuk mendapatkan tawaran  Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah  KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian / online melalui  laman web KPM di alamat URL: http://www.moe.gov.my.
 
Permohonan secara atas talian / online dibuka mulai
2 April 2012 hingga 30 April 2012