Mappim tolak usul benar pelajar bawa iPad, telefon – Sinar Harian


Mappim tolak usul benar pelajar bawa iPad, telefon
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Julai 2012

Sekadar gambar hiasan.
SHAH ALAM – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Islam (Mappim) menolak usul Kementerian Pelajaran mengenai cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Presidennya, Misswadi Sarvini berkata, sekiranya usul tersebut diluluskan, ia akan mengundang risiko kepada pelajar melibatkan pergaduhan, kecurian dan fitnah.

“Perkara tersebut pernah dilaksanakan beberapa tahun lalu, namun mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebagai salah satu NGO yang memantau kecemerlangan pelajar, kami tidak bersetuju jika usul ini dilaksanakan memandangkan pelbagai komplikasi dan impak kepada pembelajaran murid,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan Jawatankuasa Disiplin untuk membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah menerusi Draf Peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2012.

Misswadi berkata, terlalu banyak keburukan daripada kebaikan sekiranya usul tersebut dilaksanakan dan pihaknya berpendapat masih terdapat kaedah lain yang lebih sesuai untuk memantau pergerakan pelajar.

“Saya berharap kementerian mencari mekanisme yang berkesan dalam membantu ibu bapa agar anak-anak mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah atau sosial.

“Cadangan kami adalah setiap sekolah menyediakan bilik khas untuk berkomunikasi atau pondok telefon bagi memudahkan pelajar menghubungi keluarga,” katanya.

HUBUNGI TALIAN HOTLINE SBPA MULAI 13 – 30 DISEMBER 2011


Sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my

Hotline SBPA mulai 13-30 Disember 2011 8.30 pagi – 4.30 petang (Hari Bekerja)
KATEGORI HOTLINE
Dasar Perkhidmatan 03-8885 431303-8885 4010
Kenaikan Pangkat dan Prestasi
Penempatan/ Pertukaran Peg. Gunasama
Peperiksaan PROSPEK 03-8946 454703-8946 454803-8946 4574
Pencen dan Persaraan 03-8885 3293
Pembangunan Organisasi (Perjawatan dan Skim Perkhidmatan) 03-8885 307203-8885 3283
Elaun 03-8885 3232
Kemudahan Cuti / Perubatan
Lain-lain Perkhidmatan 03-8885 320103-8885 3227