Najwa idam 6A – Metro


Najwa idam 6A

Oleh Haidhar Hilmi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RESTU...Najwa memeluk ibunya   sebelum memasuki dewan peperiksaan.
RESTU…Najwa memeluk ibunya sebelum memasuki dewan peperiksaan.

BATU PAHAT: Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.

“Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.

“Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik,” katanya.

 
Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06

Keputusan Penilaian Peringkat Pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif


Keputusan Penilaian Peringkat Pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif

Sukacita dimaklumkan bahawa penilaian peringkat pertama Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif yang berlangsung pada 10 – 12 Oktober 2012 telah selesai dilaksanakan. Sebanyak lima (5) kumpulan dari kategori sekolah menengah dan lima (5) kumpulan dari kategori institusi telah disenarai pendek untuk dinilai di peringkat kedua yang akan diadakan pada 29 Oktober 2012.
Berikut disenaraikan kumpulan-kumpulan yang berjaya disenarai pendek untuk dinilai pada peringkat kedua.

 

 
 Kategori Sekolah Menengah:

 

Nama Kumpulan

 

Nama Sekolah

 

Negeri

Motion Studio SMK Menjalara WP Kuala Lumpur
Miracle SMJK Perempuan China Pulau Pinang Pulau Pinang
Stereo Entertainment SMJK Perempuan China Pulau Pinang Pulau Pinang
Quad P Pusat Permata Pintar Negara Selangor
Quintessence Sekolah Tun Fatimah Johor

 

 Kategori Institusi:

 

Nama Kumpulan

 

Institusi

Pro IT Kolej Matrikulasi Selangor
211 Studio Production Kolej Matrikulasi Selangor
IMPAC IPG Kampus Ilmu Khas
Ray Nom IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Phenomenon Kolej Matrikulasi Johor

Ketua jabatan didakwa terima rasuah – Utusan


Ketua jabatan didakwa terima rasuah

JOHOR BAHRU 19 Sept. – Seorang ketua jabatan institusi perguruan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor berjumlah RM37,069.40, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Azmi Hassan, 49, didakwa menerima sekeping cek Malayan Banking Bhd. (Maybank) bernombor 025330 daripada Sulaiman Adom, 42.

Lelaki tersebut mendapat kontrak untuk melakukan kerja naik taraf sistem kumbahan di flat pekerja bernilai RM198,927 dan kerja ubah suai flat pekerja kepada kediaman di kampus berkenaan yang bernilai RM198,999.

Azmi yang mempunyai lima anak, bertugas di Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), di sini ditangkap pada 7 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di No. 02-04, Larkin Indah, di sini pada pukul 11 pagi, 24 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd. Malik manakala tertuduh diwakili peguam Vijaya Sandran.