Terharu bantuan orang ramai – Metro


Terharu bantuan orang ramai

 0  14 Google +1  0  0

Petaling Jaya: Ibu kepada gadis yang ditemui semula malam kelmarin selepas menghilangkan diri sejak Sabtu lalu terharu dengan pertolongan orang ramai dan mengucapkan terima kasih untuk usaha itu.

Rosziana Mohamed, 47, berkata dia bagaikan mendapat nyawa apabila anak bongsunya pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam kelmarin.
Ayza yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

 

Dia dikatakan ditemui orang ramai ketika bersembunyi dalam tandas sebuah pasar raya berhampiran kediaman keluarganya itu. Difahamkan, kerana tertekan dengan PMR yang bakal tiba menyebabkan gadis itu melarikan diri.
Sebelum ini, Rosziana merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.
“Kesan penyebaran berita yang meluas adalah faktor utama anak saya ditemui semula. Ini termasuk di laman sosial serta usaha menampal ratusan risalah terkandung gambar adik (nama manja Ayza Nazira).

 

“Sebelum ini, hati kami kuat mengatakan anak saya berada tidak jauh dari kediaman kami. Tetapi kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang petunjuk di mana.
“Saya bersyukur apabila anak saya ditemui,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/25

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM


PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

06 September 2013

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) kini boleh dicapai melalui  URL berikut http://10.22.70.93/eyuran/UAT/ bermula dari 7hb. September hingga 30 September  2013.
Harap Maklum
Sekian, terima kasih.

Bapa harap kehilangan 3 beradik beri pengajaran kepada semua – Utusan


Bapa harap kehilangan 3 beradik beri pengajaran kepada semua

 

TIGA beradik dari kiri, Sharafuddin Syazwan Rizauddin, Syahir Syafi dan Syauratul Syafiyah duduk dalam kenderaan polis bersama ibu mereka, Safarila Azwa Ishak untuk dibawa pulang ke Ipoh selepas dipertemukan semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selayang, Selangor, semalam.

IPOH 15 Ogos – Bapa tiga kanak-kanak yang didakwa hilang di rumah mereka di Taman Meru 2B di sini petang kelmarin sebelum ditemui di Gombak, Selangor malam tadi, berharap kejadian menimpa tiga anaknya itu dapat memberi pengajaran kepada semua pihak.

Rizauddin Md. Zain, 38, menjelaskan kehilangan Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiyah, 6, bukan berpunca daripada kecuaian mana-mana pihak termasuk bekas isterinya, Safarila Azwa Ishak, 36.

Sebaliknya, kata Rizauddin, perkara itu berlaku disebabkan salah faham melibatkan beberapa ahli keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak terhadap apa yang terjadi namun meminta polis menjalankan siasatan terperinci bagaimana anak-anaknya boleh berada di Gombak.

“Sejujurnya, saya sehingga kini masih buntu dan tidak tahu bagaimana mereka dibawa dan siapa yang telah membawa mereka ke sana. Saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasat.

“Apa yang paling penting sekarang anak-anak saya selamat. Syukur alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak polis, media dan orang awam yang tidak putus-putus berdoa agar mereka ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rizauddin berkata, ketika ini ketiga-tiga anaknya itu sudah pun dibawa pulang ke rumah bekas isterinya di sini dan berada dalam keadaan baik.

Katanya, mereka juga disahkan sihat selepas menjalani pemeriksaan perubatan di Gombak sebelum dihantar ke Ipoh dan kini perlu berehat.

Sementara itu, usaha menemubual tiga kanak-kanak berkenaan di rumah mereka di Taman Meru 2B hari ini, gagal apabila ibunya memaklumkan mereka masih tidur akibat kepenatan.

Menurut Safarila Azwa, dia tiba ke rumah bersama anak-anaknya kira-kira pukul 8 pagi ini selepas menemui mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Saya bersyukur kerana ketiga-tiga anak saya ditemui dalam keadaan selamat. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu mencari anak-anak saya sejak berita kehilangan mereka disebarkan kelmarin (Selasa).

“Ketiga-tiga mereka ditemui oleh orang awam sebelum dihantar ke IPD Gombak kira-kira pukul 11 malam tadi,” katanya.

Difahamkan polis telah mengambil keterangan daripada tiga adik-beradik berkenaan, ibu dan bapa mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130816/dn_27/Bapa-harap-kehilangan-3-beradik-beri-pengajaran-kepada-semua#ixzz2c5Xqg4DQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

MAKLUMAN PENYELARASAN PEMAKAIAN NAMA ‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ BAGI PAPAN TANDA BANGUNAN, PAPAN TUNJUK ARAH SERTA KENDERAAN JABATAN


MAKLUMAN PENYELARASAN PEMAKAIAN NAMA ‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’ BAGI PAPAN TANDA BANGUNAN, PAPAN TUNJUK ARAH SERTA KENDERAAN JABATAN

15 August 2013

Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

Bersama-sama ini ini disertakan Surat Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan selanjut pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Muat Turun
Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013


MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

05 August 2013

 

HEBAHAN MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju untuk Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh        :        21 Ogos 2013 (Rabu) bersamaan 14 Syawal 1434H

             Masa         :        Mulai 2.30 petang

             Tempat     :        Dataran Tempat Letak Kereta

                                          Blok E14 & E15

                                          Kompleks E, Presint 1

                                          WP Putrajaya

3.           Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, majlis kali ini juga dijangka akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet yang lain. Sehubungan itu, warga Kementerian Pendidikan adalah dijemput untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Perincian majlis adalah seperti yang berlampir.

Sekian, terima kasih.

 

SEKRETARIAT

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

Muat Turun
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI KPM 2013

SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.


SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.

29 July 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 1 Ogos 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my
Terima kasih.

Pemantauan Pengemaskinian SPL KPM


Pemantauan Pengemaskinian SPL KPM

Pihak Admin mendapati masih terdapat sekolah yang masih belum mengemaskini maklumat pelaksanaan kursus/ bengkel/ latihan yang dianjurkan secara schoolbase menerusi modul SULDP.

Dipohon pihak JPN/ PPD membuat pemantauan terhadap sekolah-sekolah yang masih belum membuat sebarang pengemaskinian menerusi SPL KPM.

Pihak JPN/PPD boleh melihat status sekolah-sekolah tersebut menerusi Modul Dashboard

1. Login ‘Modul Dashboard’
2. Masukkan ID ‘Penyelaras JPN/ ‘Penyelaras PPD’ dan katalaluan.
3. Pada ‘Menu Data Kursus Berkumpulan 2013′ Klik pada +Status Pelaksanaan’
4. Klik pada Kod JPN/ PPD
5. Pilih Filter ‘Status Pengisian Kursus’ = Kosong dan tekan butang cari
6. Aplikasi akan memaparkan sekolah-sekolah yang masih belum langsung membuat pengemaskinian SPL KPM.

Terima Kasih.

Tarikh Notis : 23 Julai 2013

Sumber : http://apps1.moe.gov.my/splg/

PERMOHONAN ONLINE HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014


PERMOHONAN ONLINE HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014

*NEW : Maklumat lanjut di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/

19 April 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014 akan dibuka mulai 19 April 2013 (Jumaat) hingga 19 Mei 2013 (Ahad) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk dan fahamiTATACARA DAN PANDUAN terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.

Sekian, terima kasih

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014


SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014

12 April 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Dua remaja hilang ditemui bersama tiga lelaki – Sinar Harian


Dua remaja hilang ditemui bersama tiga lelaki

WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Februari 2013
Remaja hilang Noor Nadilah dan Nor Azizah.
Remaja hilang Noor Nadilah dan Nor Azizah.

SELAYANG – Dua remaja Noor Nadilah Kamarudin dan Nor Azizah Jamaludin yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu ditemui semalam di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Batu Caves sekitar jam 3.30 petang bersama tiga lelaki.

Ayah Noor Nadilah, Zainudin Che Pa, 38, berkata, Noor Nadilah dan sahabat karibnya itu dipercayai cuba melarikan diri dan ingin keluar dari Selayang selepas kehilangan mereka dilaporkan dalam akhbar.

“Mereka membawa beg pakaian dan dua daripada tiga lelaki bersama mereka berjaya ditahan untuk membantu siasatan.

“Saya bersyukur kerana Noor Nadilah dan Nor Azizah ditemui dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Zainudin berkata, dia berasa lega dan gembira anak perempuannya itu ditemui dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat.

Difahamkan, kelibat dua remaja perempuan terbabit dikesan selepas mereka bertembung dengan rakan sekolah di stesen komuter itu.

Rakan mereka itu kemudiannya bertindak memaklumkan pertemuan tersebut kepada keluarga Noor Nadilah dan Nor Azizah.

Semalam Sinar Harian melaporkan kehilangan dua remaja itu selepas gagal dikesan keluarga sejak 31 Januari lalu apabila didapati tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan.

Pelbagai cara dilakukan keluarga untuk menjejaki remaja berkenaan termasuk menampal poster mereka di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang selain menggunakan laman sosial facebook.

Kerisauan Zainudin memuncak apabila anaknya Noor Nadilah mempunyai masalah kesihatan dan bakal menjalani pembedahan usus 27 Februari ini.

Usaha menjejaki remaja berkenaan juga turut dipergiat oleh anggota polis yang menjalankan siasatan sejak kehilangan mereka dilaporkan.