URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012


URUSAN KENAIKAN PANGKAT PENGETUA DAN PENOLONG KANAN YANG MEMANGKU MULAI JANUARI 2012

08 February 2013

Urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan yang memangku mulai 01 Januari 2012 akan mula dibuka pada 13 Februari 2013 untuk tindakan Ketua Jabatan.

Hanya maklumat Pengetua dan Penolong Kanan yang lengkap dan betul sahaja boleh diperakukan oleh Ketua Jabatan. Tarikh tutup bagi setiap peringkat Ketua Jabatan adalah seperti berikut :

Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri
No Jawatan Ketua Jabatan Tarikh Tutup Secara Atas Talian Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1 Pengetua PPD 28 Februari 2013 10 Mac 2013
2 Penolong Kanan Pengetua 28 Februari 2013

 

Pengetua dan Penolong Kanan Di Bawah Pentadbiran Bahagian
No Jawatan Ketua Jabatan Tarikh Tutup Secara Atas Talian Tarikh Tutup Bagi JPN Peraku ke BPSM
1 Pengetua Bahagian 10 Mac 2013 10 Mac 2013
2 Penolong Kanan Pengetua 28 Februari 2013

Bagi Ketua Jabatan yang telah memperakukan kenaikan pangkat Penolong Kanan pada iklan kenaikan pangkat yang disiarkan pada Disember 2012, iklan ini tidak perlu diambil tindakan.

Sukacita juga diingatkan bahawa urusan Kenaikan Pangkat Pengetua dan Penolong Kanan ini akan menggunakan Sistem ePangkat sepenuhnya dan perakuan kenaikan pangkat yang diterima secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih

BORANG PERMOHONAN DAN PANDUAN HADIAH BIASISWA SUKAN KPM 2013


BORANG PERMOHONAN DAN PANDUAN HADIAH BIASISWA SUKAN KPM 2013

22 January 2013

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan (BS) 2013 kini telah dibuka.
Sila muat turun borang dan panduan permohonan yang dilampirkan untuk edaran.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit HEM/Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing setelah mendapat pengesahan pengetua pada atau sebelum 31 Mac 2013 untuk tindakan selanjutnya.

Terima Kasih.

 

Muat Turun
Borang Permohonan BIASISWA SUKAN KPM 2013
Panduan Kod Borang

Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG) Penyelenggaraan Sistem SPLG


Pengemaskinian Maklumat Kursus 
Tarikh Notis :4/1/2013
Proses pengemaskinian dan daftar kursus bagi tahun 2012 hanya akan dibuka sehingga 31 Januari 2013.

Semua Penyelaras Latihan dan SULDP diminta untuk mempastikan proses tersebut dilaksanakan sebelum tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh tersebut hanya kursus Tahun 2013 sahaja yang boleh diterima.

Terima Kasih

Penyelenggaraan Sistem SPLG 

Tarikh Notis :14/1/2013
Pihak Pentadbir Sistem akan membuat kerja-kerja penyelengaraan pangkalan data SPLG
pada 12 – 17 Januari 2013. Semasa penyelengaraan ini dibuat SPLG tidak akan dapat
di capai oleh pengguna. PIhak Pentadbir memohon maaf atas kesulitan yang di alami.
Sekian, terima kasih.

Mendaftar Kursus kursus 2013 
Tarikh Notis :7/1/2013
Mohon semua Setiausaha LDP mendaftarkan senarai kursus (takwim) bagi kursus- kursus yang akan dijalankan pada 2013 ini.

Muat Naik Gambar 
Tarikh Notis :4/1/2013
Sedikit Tips Cara-cara Untuk Muat Naik Gambar:-

1-Pastikan gambar yg hendak di muat naik sesuai untuk paparan kepada pihak pengurusan tertingggi KPM dan dalam format .jpg sahaja.

2-Pastikan nama gambar telah diubah kepada nombor kad pengenalan pengguna.
Cthnya:- 710102102345.jpg

3-Saiz gambar mesti kurang daripada 200 kb.

4-Gunakan browser ‘Modzilla Firefox’ atau ‘Google Chrome’ sahaja

 

Maklumat lanjut lawat http://apps1.moe.gov.my/splg/

MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN PRESTASI (P.S.D FORM 6/93) TAHUN 2012 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG DILULUSKAN CUTI BELAJAR DAN MENGISI JAWATAN LATIHAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN KPM


MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN PRESTASI (P.S.D FORM 6/93) TAHUN 2012 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG DILULUSKAN CUTI BELAJAR DAN MENGISI JAWATAN LATIHAN BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN KPM

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang diluluskan cuti belajar dan mengisi Jawatan Latihan KPM dikehendaki mengisi Borang Penilaian Prestasi (P.S.D Form 6/93) Tahun 2012 dan Borang Maklumat Diri PPP Cuti belajar. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke BT sebelum atau pada 15 Januari 2013.
Sila rujuk Surat Edaran dan dokumen yang berkaitan.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Sila klik disini untuk koleksi borang.

Semakan calon layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013


Semakan calon layak Temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temudugaBiasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2013 boleh mula disemak mulai 24 September 2012 ( Isnin ) di laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my
Terima kasih.

Jemputan Ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran Malaysia 2012


Jemputan Ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran Malaysia 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPM 2012 seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 3 September 2012 (Isnin)
Masa    : 12.00 tengah hari
Tempat  : Tempat letak kereta E14-E15, Kompleks E, Putrajaya

Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Aturcara majlis seperti lampiran.

Sekian, terima kasih.

Muat turun
Aturcara majlis

SURVEY: Setujukah murid dan pelajar dibenarkan membawa telefon atau iPad ke sekolah pada tahun 2013?


SURVEY: Setujukah murid dan pelajar dibenarkan membawa telefon atau iPad ke sekolah pada tahun 2013?

Himpunan Berita ingin mendapatkan undian yang dijalankan selama seminggu untuk melihat keputusan anda berhubung isu murid dan pelajar dibenarkan membawa telefon atau iPad ke sekolah pada tahun 2013.

Terima kasih.

Editor

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29-44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 29-44 (JAWATAN TERBUKA) SECARA PERTUKARAN SEMENTARA DI SEKOLAH SENI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Secara Pertukaran Sementara di Sekolah Seni Malaysia.

Sila Lihat lampiran.

Sekian terima kasih
Muat turun
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH
BORANG PERMOHONAN JURULATIH
LAMPIRAN L
LAMPIRAN L1
SURAT PERSETUJUAN PELANTIKAN
LAMPIRAN B

Guru juara timang bola – Metro


Guru juara timang bola
GEORGETOWN: “Terima kasih kepada Harian Metro kerana menyediakan program seperti ini, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai khususnya pembaca menyertainya,” kata J Mahendran, 33, seorang peserta pertandingan menimang bola yang dibawa khas Skuad Sorak Goool Cruiser Harian Metro di Restoran Nasi Kandar Nashmir, Jelutong, kelmarin.

Dalam pertandingan berkenaan, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown itu berjaya menimang bola 21 kali, sekali gus menerima hadiah sagu hati daripada penaja.
Mahendran antara salah seorang daripada puluhan orang ramai yang menyertai pertandingan itu, sekali gus menceriakan suasana di restoran dikunjungi.

Selain menimang bola, pelanggan juga turut menerima hadiah daripada Skuad Sorak Goool Cruiser Harian Metro dengan menjawab beberapa soalan mudah. Di samping itu, pelanggan yang menikmati maggi turut menerima hadiah daripada penaja.
Cheah Siew Sean, 24, berkata, dia terkejut apabila didatangi ahli skuad berkenaan yang mahu memberi hadiah melalui pertandingan menimang bola. Katanya, meskipun tidak berjaya menimbang lebih 20 kali, dia gembira kerana turut mendapat hadiah daripada pasukan itu.
“Saya terkejut apabila ahli skuad ini mempelawa saya menyertai pertandingan ini (menimang bola). Memang saya tak mahir, tetapi saya cuba juga dan ia menyeronokkan. Program ini sangat menarik dan memeriahkan suasana,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan pasukan USM FC, Mohd Fahmi Mohd Yusoff, 28, berkata, Harian Metro bijak memikat pembaca setianya dengan mengadakan pelbagai acara menarik di samping memberi hadiah kepada orang ramai.
“Saya juga mendapat hadiah daripada Maggi apabila menikmati hidangan Maggi. Terima kasih kepada Harian Metro dan penaja yang menyediakan program seperti ini,” katanya.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 26-44


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SENI GRED 26-44

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi jawatan Jurulatih Seni Gred 29-44 (Jawatan Terbuka) Secara Kontrak di Sekolah Seni Malaysia.
Sila download dokumen-dokumen yang berkaitan di bawah..

Sekian terima kasih

Muat turun
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH
BORANG PERMOHONAN JURULATIH
LAMPIRAN L
LAMPIRAN L1
SURAT PERSETUJUAN PERLANTIKAN