Tiga remaja terlibat 20 kes curi motosikal ditahan – Utusan


Tiga remaja terlibat 20 kes curi motosikal ditahan

KOTA BHARU 10 Okt. – Tiga remaja berumur 16 hingga 19 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dengan 20 kes curi motosikal di beberapa buah masjid dan surau sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua remaja itu ditahan dalam tiga serbuan di tiga buah rumah di Taman Desa Peringat bermula pukul 8.30 malam, Isnin lalu.

Katanya, turut dirampas beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan yang dipercayai dicuri dan sedia untuk dijual.

“Dalam serbuan pertama polis menahan seorang remaja berumur

16 tahun yang kemudiannya membawa kepada penangkapan seorang

lagi suspek berumur 19 tahun di kawasan itu.

“Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek berumur 19 tahun yang bekerja sebagai buruh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121010/je_03/Tiga-remaja-terlibat-20-kes-curi-motosikal-ditahan#ixzz28xvxCQlQ
© Utusan Melayu (M) Bhd